Utusan Online Headline Animator

Sabtu, 28 Februari 2009

KASIAN MAN TOPOK

Menteri Besar Perak yang tidak diterima oleh Sultan Perak, hari ini telah menyerahkan kediaman rasminya kepada wakil Setiausaha Kerajaan Negeri iaitu En. Shamsulzaman bin Hj, Sulaiman. Tetapi malangnya janjinya tidak ditepati kerana Nizar pernah berjanji sebelum ini akan menyerahkan kenderaan rasmi kerana menghormati Setiausaha Kerajaan Negeri. Inilah satu lagi pebohongan nizar yang berjanji tidak dapat ditunaikan. apatah lagi janji pilihanraya yang ditaburkan dulu sudah pasti tidak tertunai.

Keadaan ini, menunjukkan kepada rakyat bahawa nizar tidak menghormati kakitangan awam yang bertugas menjaga harta benda rakyat. nizar tidak sedar dan menderhaka kepada sultan dengan tidak menyerah kenderaan tersebut. Tindakkan tegas pasti akan dibuat oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Perak untuk mengembalikan harta benda kerajaan.

Sebenarnya, En. syamsul zaman bin sulaiman ini adalah sahabat baik saya semasa zaman persekolahan. Kami memanggilnya Man Topok.Kami sama-sama belajar dan sama-sama bermain. Beliau seorag yang berani dan selalu bermain dikubur cina pada waktu malam. walau apa pun, saya ingin mengucapkan syabas kepada beliau kerana menjalankan tugas dengan baik. saya berharap beliau dapat mengambil balik kendaraan ini dengan cara berhemah.

Alam - selamat menjalankan tugas dengan baik dan beramanah wahai sahabat saya Man Topok.

SIVAKUMAR CIPTA HAL LAGI

Hari ini media, melaporkan bahawa speaker DUN perak akan memanggil sidang DUN pada 3 mac 2009 dengan menghalang semua adun yang digantung dan dipecat olehnya dari menghadiri sidang DUN.
Persidangan ini belum mendapat restu Paduka Seri Sultan Perak, hanya mendapat restu ngeh dan kroninya sahaja.
Beliau telah menggunakan kuasanya sendiri dengan menghalang MB Zamry dan EXCOnya mnghadiri walaupun penggantungannya belum mendapat pengesahan dari DUN perak.
Keadaan ini mungkin akan menimbulkan keadaan di perak akan menjadi kacau bilau, inilah saat yang dikehendaki oleh bangsa-bangsa yang diangkut oleh penjajah yang membuatkan bumi perak pada masa kini akan menjadi huru hara. Sush utuk meramalkan, apa yang akan berlaku ialah keadaan tidak baik yang akan terjadi diperak.

Menyedari hakikat ini, saya merayu kepada Menteri Dalam Negeri supaya sivakumar dikenakan tahanan dalam negeri (ISA) supaya keadaan diperak akan menjadi stabil. tindakan tahanan ISA ini amat baik dikenakan kepada sivakumar supaya rakyat akan tahu pencipta kerosakan terhadap negeri perak dapat dibenteraskan demi rakyat negeri perak yang cintakan keamanan.

Bertindaklah dengan segera, wahai Menteri dalam Negeri terhadap penderhaka kepada sultan

Jumaat, 27 Februari 2009

BERTINDAKLAH BANGSA KU UNTUK MENEYELAMAT TANAH AIR INI

Wahai sekelian Pemuda UMNO, pada hari ini anda telah dicabar dengan bijaksana oleh Karpal Singh di dalam dewan parlimen yang mulia. Cabaran celaka oleh beliau telah menunjukkan permulaan perperangan. Saya tidak mahu mengulas lanjut kerana telah ramai yang telah mengulas tentang perkara ini.
Cabaran ini bertujuan untuk menaikkan kemarahan pemuda UMNO. Cabaran ini juga untuk menguji setakat mana tindakan yang akan diambil oleh pemuda umno terhadap beliau. Selain itu cabaran ini juga untuk mengalih tindakan yang tidak bermoral yang telah dilakukan oleh pemimpin pakatan rakyat.

Walau apa pun alasan, saya menyeru kepimpinan Pemuda UMNO haruslah bertindak dengan kadar segera agar kita akan dapat mempertahankan maruah orang melayu dinegara ini. Maruah orang melayu dinegara ini hanya UMNO sahajalah yang boleh memeliharanya. Janganlah berharap kepada Pas dan PKR. Kerana parti ini hanya mementingkan diri mereka sahaja dan sanggup menjual maruah melayu kepada bangsa yang telah diangkut oleh penjajah.

Bangsa yang telah diangkut oleh penjajah ini, nampaknya semakin hari semakin sombong dan bongkak, mereka hendak menjajah negara kita. Mereka tanpa segan telah mencabar bangsa melayu. Mereka bukan tidak sedar dan mereka sengaja telah untuk menimbulkan keadaan yang kurang baik untuk negara ini.

Di ruangan ini, saya ingin mengajak semua Pemuda UMNO untuk bersatu dan menghapuskan segala tohmahan menghina bangsa melayu. Bertindaklah dari sekarang supaya bangsa ini tidak dijajah semula.

Wahai Pemuda UMNO jangan bertangguh lagi, bertindaklah segera. Walaupun nyawa kita dipergadaikan. Bertindaklah segera sehingga ke titisan darah terakhir.

Selasa, 24 Februari 2009

KUASA RAKYAT, KUASA MENTERI BESAR, KUASA SPEAKER DAN KUASA RAJA

Apabila Parlimen atupun Dewan Undangan Negeri Dibubarkan, semua segala kuasa-kuasa yang ada dikembalikan kepada rakyat. Rakyat akan membuat pemilihan wakil dalam Pilihanraya. Individu yang bertanding dan menang disesuatu kawasan akan menjadi wakil rakyat kawasan berkenaan sehinggalah dewan dibubarkan atau meletak jawatan atau pun meninggal dunia. Pada masa ini rakyatlah berkuasa dengan menggunakan pensil dan memangkah wakil mereka di atas kertas yang diberikan.
Setelah pengumuman diumumkan, individu yang berjaya mendapat mejoriti akan menjadi wakil rakyat kawasan tersebut. Individu yang berjaya ini akan bersatu dengan individu dikawasan lain untuk mendapatkan mejoriti untuk menubuhkan kerajaan. Setelah mendapat mejoriti barulah dipersembahkan kepada raja memohon perkenan untuk perlantikan Menteri Besar.
Selepas itu, Maka Menteri Besar pun berkuasa untuk melantik barisan EXCO. Sebelum dilantik menjadi EXCO, Menteri Besar akan mempersembahkan kepada raja untuk diperkenankan. Barulah majlis angkat sumpah dilaksanakan di hadapan raja yang berkuasa.
Selepas itu, maka persidangan Dewan Undangan Negeri pun di jalankan, di dalam Dewan yang mulia inilah dilantik seorang Speaker yang bertujuan untuk mengendalikan segala mesyuarat Dewan undangan. Setelah mendapat mejoriti, Speaker pun mengangkat sumpah. Maka bermulalah tugas seorang speaker yang bertanggung jawab mengendalikan mesyuarat Dewan Undangan Negeri dan menjadi pentadbir Dewan Undangan Negeri.

Merujuk kes yang berlaku di negeri perak, dengan kuasa yang ada pada speaker telah mengangtung Menteri Besar dan Barisan EXCO dari menghadiri mesyuarat Dewan. Pada pandangan saya, tindakan ini merupakan tindakan bermotif politik dengan menggangtung wakil BN selepas itu buat undian tidak percaya, bertujuan untuk memenangkan pakatan rakyat. Tindakan ini merupakan tindakan yang tidak jujur seorang speaker yang telah menafikan kuasa rakyat yang telah memilh wakilnya.

Menurut Bernama, Nga yang juga Adun Pantai Remis dan Ketua Pemuda DAP berkata pakatan pembangkang akan mengadakan satu sidang DUN tergempar bagi meluluskan usul bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) yang kini menguasai negeri itu tidak sah dan tidak mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak."Apa yang diputuskan oleh Speaker (Sivakumar) adalah sah dan Pakatan Rakyat mengikut 100 peratus Undang-Undang Tubuh Negeri Perak," kata Nga pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini.

Kalaulah perkara ini dipakai, maka disini senanglah parti yang memerentah untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan baik untuknya. Apakan tidak, Parti yang memerentah hanya perlu membuat aduan kepada speaker, lalu speaker menjatuhkan hukuman yang tidak wajar seperi yang di kenakan kepada Dr. Zamry dan barisan EXCOnya.

Dari sini, orang yang bodah berpolitik pun tahu bahawa tindakan speaker perak ini, tidak berniat baik dan beliau seorang yang jahat.

Marilah kita lihat, apakah kesudahan yang akan berlaku dengan peristiwa ini. Adakah KUASA MAHKAMAH pula yang akan melantik Nizar sebagai MB.

Cuba bayangkan, selepas dua tahun, selepas EXCO akan mengangkat sumpah kembali, Calun-calun nizar ini tidak diberkenankan oleh Sultan Perak. Apa akan terjadi kepada kerajaan Perak.

Marilah kita lihat, adengan seterusnya,

Saya percaya, Apa yang diberikanoleh Allah memang ada kebaikan dan kelebihannya sendiri...
Kita ini hanya sementara sahaja...

Bersatulah..

Ahad, 22 Februari 2009

GURU KAFA AKAN DAPAT HABUAN LAGI

Malam ini, Buliten Utama (TV3) telah memaklumkan bahawa YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri telah mencadangkan agar guru-guru Kelas Pengajian AlQuran dan Fardzu Ain akan diberi kenaikan elaun agar melepasi tahap kemiskinan. Tahniah dan Syabas YB Dato' Ahmad Zahid. Beliau merupakan seorang menteri yang perihatin terhadap permasalahan rakyat di bawah.

Sewaktu saya menjadi Yang Dipertua PIBG dahulu, saya juga pernah mencadangkan agar susunan pentadbiran KAFA diperkukuhkan dan diperkembangkan sehingga ditubuhkan satu jabatan yang khusus untuk KAFA sahaja. Pada masa sekarang, pentadbiran kelas KAFA ini diletakkan bersama-sama Jabatan/Majlis Agama Islam negeri, diperingkat daerahnya di tadbir oleh Pegawai Agama Daerah atau Kadi. Memandang kelas KAFA yang bertaburan disetiap sekolah disetiap negeri pemantauan terhadap guru-guru ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik.

Saya pernah menulis surat kepada YB Menteri, (Dato' Ahmad Zahid) mengenai perkara ini, dalam surat jawapan yang telah dikirimkan oleh Ketua Pengarah JAKIM kepada saya, beliau telah menyatakan bahawa perkara ini dibawah bidang kuasa kerajaan negeri, kerana hal elwal agama terletak dibawah bidang kuasa negeri. Saya juga telah menghantar surat kepada YAB Dato' Seri Ustaz Azizan bin Razak, mengenai perkara yang sama, tapi sayang seribu kali sayang surat yang saya hantar itu tidak berjawab sehinggalah sekarang.

Langkah pemantapan kelas KAFA ini adalah sangat baik, kerana ia akan memberi pulangan yang baik terhadap insan yang kita ada pada hari ini.

Memandangkan kelas KAFA ini dijalankan selepas waktu persekolahan, saya juga berpendapat apabila elaun guru KAFA dinaikkan, beban tugas mereka tidak ditambah. Bagi guru KAFA beban tugas mereka kalau ditambah, mereka ini tidak kisah, tetapi sekiranya dengan kenaikan elaun ini masa pengajaran Kelas KAFA akan ditambah, maka beban yang akan ditanggung ialah anak-anak yang mengikuti pelajaran kelas KAFA ini.

Pada masa ini, anak-anak yang mengikuti kelas KAFA terpaksa pulang jam 5:30 petang, ada yang terpaksa pulang jam 6:30 petang (setelah menunggu bas), masa mereka untuk bermain(beriadah) tidak ada langsung. Pakar-pakar psikologi/kaunseling patut beri pandangan tentang perkara ini. Anak-anak yang pulang tentu letih dan tidak dapat membuat ulangkaji pelajaran mereka.

Selain daripada itu , saya juga mencadangkan agar, Pihak Kerajaan (tidak kirakerajaan Pusat atau negeri) janganlah berkira sangat, berilah buku teks percuma kepada anak-anak yang belajar kelas KAFA. Buatlah macam Skim Pinjaman Buku Teks seperti mana yang dibuat oleh kementerian Pelajaran. Sekiranya kerajaan menberi pinjamanan buku, maka bebanan perbelanjaan ibu-bapa akan berkurangan. Inilah yang dikatakan kerajaan menolong rakyat.

Di ruangan ini, saya ingin menyeru/merayu kepada semua pembaca, marilah kita sama-sama meminta kerajaan memberi pinjaman buku teks untuk kelas kafa untuk meringankan bebanan ibu bapa yang berpendapatan rendah. Marilah kita berjuang bersama-sama sehingga kerajaan dapat memberi pinjaman buku ini.

Sama-samalah kita berdoa, agar kerajaan dapat memantapkan pentadbiran kelas kafa kerana 100% yang belajar Kelas KAFA ini ialah anak-anak melayu berugama Islam.

Alam - Jangan berpolitik dalam hal-hal keagamaan, sekiranya berpolitik yang ruginya adalah orang islam sendiri.

Sabtu, 21 Februari 2009

KERETA PUNYA PASAL, MB KENA NAIK MAHKAMAH JUGA.

Hari ini, menurut Malaysiakini MB Selangor akan didakwa berhubung dengan isu kereta dan lembu korban. Sebagai seorang bekas kakitangan kerajaan, saya rasa ingin memberi sedikit komen atau ingin berkongsi maklumat mengenai isu kereta rasmi.

Persoalan-persolan yang perlu dirongkai ialah:-
Mengapa Menteri Besar Selangor tidak menggunakan kereta camry yang baru dibeli oleh kerajaan negeri untuk tujuan rasmi, mengapa perlu mengistihar kereta lain sebagai kereta rasmi. Kalaulah boleh seseorang penjawat awam mengistiharkan kereta yang mereka menggunakan sebagai kereta rasmi, maka kerajaan perlu menambahkan perbelanjaan untuk tujuan penyelenggaraan kenderaan. Semua penjawat awam akan bergembira kerana kereta yang dibeli sendiri di baiki oleh kerajaan. Seingat saya kerajaan hanya membayar bayaran hitungan kilometer sahaja sekiranya penjawat awam itu menggunakan kenderaan sendiri.

Dalam kes ini, pihak yang bertanggung jawab seperti JPA, Perbendaharaan Malaysia perlu dengan segera menjelaskan kepada kakitangan awam mengenai kes mengistiharkan kenderaan rasmi.

Persoalan seterusnya, mengapa menggunakan kenderaan sendiri kerana MB telah dibekalkan kenderaan rasmi.

Bagi saya MB boleh menggunakan kereta sendiri untuk tujuan rasmi demi untuk menjimatkan wang kerajaan. Tetapi yang silapnya mengapakah kos penyelenggaraan kenderaan ini dibayar oleh kerajaan negeri. Inilah yang silapnya YAB Menteri Besar Selangor.

Alam - jawablah YAB Tan Sri Khalid di mahkamah dunia dahulu, kalau lawyer pandai putar belit boleh menang. Lepas ni jawablah Khalid di Padang Mahsyar pula tanpa lawyer yang pandai berputar belit. Jaganlah menuduh BN apa yang Tan Sri lakukan. Ini adalah kesilapan Sri sendiri. Kesalahan ini kecil sahaja tetapi impaknya besar kerana melibatkan wang rakyat.

Khamis, 19 Februari 2009

TITAH TUANKU DAN TITAH SPEKER, YANG MANA PERLU DIIKUTI?

Tindakan Speker DUN Perak mungkin dalam keadaan mabuk da gila kuasa. Cuba kita imbas kembali sejarah dan peraturan yang di amalkan. Selepas pilihanraya, sekiranya parti mana yang menang, Dewan Undangan Negeri tidak bersidang lagi, Menteri Besar dilantik, lepas tu Exco dilantik tanpa menunggu Dewan Undangan Negeri bersidang. Adakah perlantikan ini juga telah menghina dewan kerana dewan belum bersidang dan belum melantik speker.

Menyorok kembali tentang jawatankuasa yang mengadili, mb dan exco-exco ini adakah ia satu jawatakuasa yang bebas dan adil. Dimanakah keadilan yang diberikan kepada mereka yang diadili?

MB dan exco-exco perak telah menjungjung titah tuanku sultan. Speker munjungjung tinah nizar dan ngeh.

Persoalan disini, Titah mana yang mana yang lebih mulia, titah yang dititahkan oleh Speker atau titah tuanku sultan perak?

Semua orang tahu, kes speker DUN perak ini, bagaimana beliau memperolehi jawatan ini. Jawatan ini beliau perolehi dengan cara ugutan.?


Alam - Bertindaklah orang-orang UMNO Perak. Jangan biar bangsa-bangsa yang diangkut oleh penjajah menjajah anda.

Rabu, 18 Februari 2009

MUDAHNYA DAPAT TANAH DI PADANG TERAP

Hari ini, sekali lagi pergi ke Pekan Kuala Nerang, jumpa teman-teman lama dan berborak di sebuah rumah yang dijadikan kedai. Hebat sungguh kedai itu sebab ada Wifi. Orang Kuala Nerang pun la ni dan pandai berlepak di kedai yang ada Wifi.

Ada satu cerita baru yang berlaku di kawasan hulu Kuala Nerang, siapa berani pi lah ambil tanah. Kerajaan negeri dah tak kisah. Tanah tu dah tak tanam tebu jadi bolehlah ambil. Tanah untuk diberi kepada rakyat. supaya rakyat negeri kedah akan hidup aman sejahtera. Demikianlah cerita seorang kawan kepada kami.

Sebenarnya cerita tanah ini terjadi semasa saya bertugas disana lagi, ada yang jadi mangsa oleh orang-orang yang tergamak memakan duit kawan. Ada yang jual tanah orang dan bermacam-macam lagi cerita.

Tetapi cerita ini adalah lain sedikit. Jawatankuasa Keselamatan kampung kerajaan negeri (orang kampung kata JKK Pas). Selepas kemenangan dalam pilihanraya lalu, tanah yang di tanam tebu telah dibahagikan (dibuat lot) kepada golongan yang mereka sukai. Tanah ini adalah milik Gula Padang terap. Pihak Gula padang terap (unit keselamatannya) tidak mampu untuk menyekat aktiviti ini dan tidak berani kerana telah diancam.

Saya pun meminta satu lot, kut kut ada.

kawan saya kata, mampuih hang tak dapat kerana hang sokong UMNO.

Saya tanya lagi, Tanah tu di Mana?

Beliau menajawab, Dari Kah Ing hingga ke Kota Putra?

Begitu rakusnya peminpin-peminpin pas yang sanggup merampas tanah yang telah diusahakan oleh Gula Padang Terap dan diberikan kepada penyokong mereka. apa boleh buat dah nasib BN kalah di kedah.

Saya tanya lagi, Siapa yang mengepalai usaha ini?

Beliau beritahu. Ustaz Mail seorang Guru Agama, mengajar di Sekolah Menengah Kuala Nerang dan mempunyai sebuah kedai di Kuala Nerang. Kalau sapa yang nak tanah Free pi la jumpa dia.

Mudah sungguh rakyat negeri kedah la ni untuk mendapat tanah, tak payah untuk ke pejabat tanah hanya pi jumpa Ustaz Mail.

Hebat sungguh Ustaz ini, saya ingat sekali lagi Pas menang di Kedah segala hutan di Empangan Ahning dan Pedu akan habis di bedak-bedak kepada sesiapa yang menjadi ahli Pas.

Alam - ikutlah peraturan dan selamatkanlah alam dan hidupan yang menumpang buat sementara di alam ini.

MEDIA ATAU ELEZABERT WONG YANG MERUNTUHKAN NEGARA?

Apabila mencerita tentang kebaikan, tidak siapa pun yang akan memuji dan mudah untuk dilupai atau dihargai. Begitulah yang berlaku kepada media-media arus perdana. Bila media melaksanakan satu tanggung jawabnya dengan jujur dan iklas untuk memberi maklumat yang tepat kepada rakyat. Media pula telah dianggap bersalah.

Menurut MP Titiwangsa : "Di sini saya salahkan media, jika ini tanggungjawab media, saya rasa media mahu meruntuhkan negara bukan membangunkannya.
"Anda semua sebagai sebahagian daripada pengamal media perlu berasa malu kerana dalam keadaan negara berdepan dengan krisis, kita menambah satu lagi krisis yang tidak sepatutnya berlaku," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini. - Utusan Malaysia.

Mengapakah Media pula yang dipersalahkan, adakah laporan ini palsu?

Marilah kita berfikir dengan akal yang waras, dalam soal meruntuhkan negara. Apakah salah media melaporkan segala kemungkaran yang telah dilakukan oleh peminpin yang tidak baik/tidak bermoral boleh meruntuhkan negara.

Negara Malaysia boleh runtuh dengan adanya pemimpin-peminpin yang tidak bermoral sepert YB Elizabert ini.

Janganlah menyalahkan sesiapa, orang yang patut disalahkan dalam hal ini sebenarnya dia sendiri (YB Elizabert Wong). Mengapa dalam tindakan sehariannya yang menyebabkan gambarnya diambil.

Saya berharap MP Titiwangsa ini harus sedar, janganlah mempertahankan kemungkaran. Kemungkaranlah yang akan meruntuhkan negara bukan media.

Alam - Sanggupkah pengundi Bukit Lanjan ber" YB" kan orang yang tidak bermoral.

ULAMAK POLITIK KENA NASIHAT

Hari ini, Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya bersuara dengan menasihat Tuan Guru Nik Aziz.

Saya sama berpendapat dengan pengurusi SPR, jangan banyak prasangka buruk, bertenang mungkin ada hikmahnya.



Tok Guru nik aziz patut mempelajari, atau melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat Phd. semoga segala prasangka buruk tidak terdapat dalam hati tok guru.



Kalau tok guru dapat Phd, kena panggil Dato' Seri Tuan Guru Dr. Nik Aziz Nik Mat.



Semalam saya menunggu, pandangan Tok Guru ini memberi komen tentang YB Eli Wong dan hari ini beliau enggan komen. Mengapa Tok Guru takut hendak komen? Mungkin nak menjaga hati Brother Anuar Bin Ibrahim. Takut Brother Anuar berkecil ini. Sikiranya perkara ini terjadi kepada wakil rakyat BN. Nescaya tindakanya di sebaliknya. sekarang ketahuilah rakyat malaysia bahawa ulamak yang mengaku tok guru ini adalah ulamak yang meminpin manusia ke jalan kedurjanaan.

Tahniah!! YB Brahim Ali, kenyataannya adalah bebas dan benar.

Hari ini ada dua kes yang melibatkan moral dua tokoh politik. seorang di Malaysia dan seorang lagi di Jepun. Yang di Jepun telah letak jawatan dan yang di Malaysia pun letak jawatan tapi ada ulamak tidak berani mengeluarkan kenyataan, kerana ulamak ini, ulamak yang mementingkan kepentingan diri.

Marilah kita berfikir dengan akal yang sewaras, akal yang telah dianugerahi oleh Allah kepada kita. Orang seperti YB Eli ini, melakukan kemungkaran, orang lain yang difitnah, kononnya konpirasi dan lainlain tuduhan terhadap UMNO.

Mulai saat ini, saya berharap UMNO akan menggunakan saluran undang-undang terhadap orang-orang yang selalu membuat tuduhan terhadap UMNO, Jangan dibiarkan UMNO dihina.

Tindakan segera perlu diambil untuk megelakkan dakyah jahat pembangkang.

Selasa, 17 Februari 2009

KEMUNGKARAN: MENGAPA HARUS DIPERTAHANKAN

Hari ini, mereka yang bersimpati dengan YB Elizabeth Wong mendesak supaya beliau jangan meletak jawatan. Mereka-mereka yang bersimpati itu ialah Teresa Kok, Xavier Jayakumar, R Sivarasa termasuklah ketua Wanita PKR yang juga ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin. seperti mana yang dilakpurkan oleh Malaysiakini.

Mengapa harus dipertahankan?

Dah sah Fotonya?

Mengapa dibenarkan lelaki yang belum berkahwin memasuki bilik tidur untuk mengambil foto?

Pengakuan foto-foto diambil tanpa kebenaran, di ambil tanpa kerelaan, memang mudah untuk diucapkan?

Mengapa harus dipersalahkan orang lain, disebabkan musibah yang menimpa diri kita?
Sedangkan perkara ini jelas, amat jelas.

Wanita PKR mengutuk sekeras-kerasnya taktik keji, kotor dan mencemar nama baik mana-mana wakil rakyat wanita atau lelaki dari mana-mana kumpulan atau parti politik tanpa kewajaran yang munasabah.

Mengapa orang yang tidak mempunyai moral seperti Elizebert Wong ini tidak dikutuk?

Inilah yang dikatakan politik hanya mementingkan diri, sanggup menahan segala kemungkaran demi diri sendiri.

Alam menunggu komen Nik Aziz..

Kalau Nik Aziz mempertahankan Elizebert Wong, maka jelas Tok Guru ini pun termasuk dalam manusia yang tidak bermoral..

Isnin, 16 Februari 2009

DARI PERMATANG KE KUALA TERUS KE BUKIT, KEBUKIT DAN KEBUKIT

Hari ini ramai bloger telah membicarakan tentang foto Exco Kerajaan Negeri Selangor Elizebert Wong, ADUN Bukit Lanjan.

Apakah mungkin satu lagi Pilihanraya Kecil akan terjadi, mungkin oh! tak mungkin oh! tak mungkin dan tak pasti.

Dalam keadaan begini, semua parti politik hendaklah sporting dalam menangani isu begini kerana ia melibat moral dan maruah parti dan juga maruah pengundi yang memilih mereka.

Orang yang tidak bermoral hendaklah bertanggung jawab di atas segala tingkah laku yang mereka cipta sendiri. Bagi saya, tidak kira dari parti mana seseorang wakil rakyat itu hendaklah seorang yang baik dan bermoral. Orang-orang yang baik dan bermoral inilah yang akan menjaga negara ini dari segala ancaman.

Apapun penafian yang akan dilakukan oleh ADUN Bukit Lanjan ini tidak akan dapat di terima oleh rakyat. Ambil contoh Bekas YB Bukit Selambau hanya membawa perempuan yang bukan isteri dalam upacara yang di hadiri oleh Tuanku Sultan terpaksa letak jawatan dan terus menghilang diri.

Lepas ini bukit lanjan pun boleh menghilang diri seperti Bukit Selambau.

Selepas ini bukit mana pula....

ALAM, HUTAN DAN BALAK

Hari ini, kawan telah mengajak saya ke Daerah Padang Terap. Saya pernah bertugas di Daerah Padang Terap beberapa tahun yang lalu. Lama sudah saya tidak ke Padang Terap. Saya lihat Pembangunan Padang Terap dok macam tu juga. sama saja seperti zaman BN dahulu. tiada perubahan cuma Pejabat Daerahnya saja yang baru.

Kawan mengajak saja ke Durian Burung, Durian burung atau nama barunya Kota Putra. Wah! dah nampak pembangunan ada Komplek CIQ, Balai Polis Baru, Klinik Kesihatan dan juga perumahan kakitangan kerajaan yang akan bertugas di sana. Dengar kata orang di sini Sempadan Malaysia Thai akan di buka bulan tiga (Mac).

Sepanjang perjalanan dari Padang Sanai ke Kota Putra (Nama baru Durian Burung) pada masa sekarang tidak nampak pokok tebu seperti dahulu. Kawan memberitahu Gula Padang Terap tak tanam tebu dah. GPT nak tanam kelapa sawit dan getah. Buat masa ni GPT banyak bagi sewa tanah kepada siapa yang berminat untuk bercucuk tanam. Ramailah taukeh-tauke cina tidak melepaskan peluang untuk menyewa tanah bertanam seperti tembikai, nenas, labu, cabai dan lain-lain..

Sayang, nasib bangsa ku, seorangpun yang berbangsaku tidak sanggup melakukan penyewaan untuk bercucuk tanam pada sekala besar. Tidak satu agensi kerajaan (mahu pun kerajaan pusat atau kerajaan negeri) sanggup mendidk bangsaku agar mencebur diri dalam industri pertanian. apa boleh aku buat, hanya meluahkan perasaan..

Di sebelah kanan perjalanan ke Kota Putra, aku kelihatan banyak bukit yang telah di gondolkan untuk tujuan pembalakan. Menurut kawanku (orang tempatan disini), ini bukan kerja orang hutan (Pejabat Hutan). Ini Kerja orang pejabat tanah, banyak tanah telah diluluskan untuk orang kampung, lepas tu pembalak/tauke cina akan membelanjakan segala kos untuk pengambilan balak. Pembalak ini akan mengambil balak hingga ke luar kawasan hingga ke kawasan tadahan air (Empangan Ahning).

Saya amat sedih sekali melihat banyak tempat di sepanjang perjalanan ini hutan telah di gondolkan dan terdapat tiga pempat kongsi balak. Saya berjanji akan datang balik ingin melibat sejauh mana pembalakan ini dilakukan. adakah ia telah memasuki kawasan tadahan air. Kalau telah memasuki amat sedih sekali.

Disini saya ingin menyeru supaya pihak kerajaan Negeri (Dato' Seri Ustaz Azizan) supaya dapat menunaikan janji akan menjaga negeri ini dengan baik seperti mana janji selepas kemenangan pilihanraya lalu.

Bertindaklah dari sekarang demi menyelamatkan anak cucu, cicit kita akan datang..

Saya akan datang lagi dan akan membuat catatan lagi diruangan ini..

sekian..

Ahad, 15 Februari 2009

AWAS!! KENYATAAN KETUA PEMUDA PAS BERPUTAR BELIT

Pas pertahankan raja-raja Melayu
ALOR SETAR 14 Feb. - Dewan Pemuda Pas Pusat menyatakan pendiriannya untuk terus menjunjung tinggi dan mempertahankan institusi Raja-raja Melayu dalam apa keadaan sekali pun.
Ketuanya, Salahuddin Ayub berkata, pendirian tersebut menangkis segala tuduhan kononnya dewan berkenaan menentang atau terlibat dalam isu menderhaka terhadap Raja-raja Melayu. - UTUSAN MELAYU

Bermacam helah telah di mainkan oleh orang yang mengaku mengikut lunas-lunas islam. Persolan di sini Nizar sendiri yang memohon kepada Paduka Seri Sultan Perak untuk menderhaka. Siapakah Nizar, parti apakah yang nizar sertai? Adakah nizar memohon untuk mendehaka atas sifat peribadinya?

Mengapa prinsip keluhuran perlembagaan sahaja yang dipegang, sedangkan prinsip ini berada di tangga ketiga. Mengapa prinsip yang berada di tangga kedua tidak di pegang iaitu "KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA". Berhubung perkara ini Nizar telah tidak setia dan melanggar RUKUNEGARA yang kedua, jesteru itu beliau tidak layak untuk menjadi seorang warganegara MALAYSIA. Ini jelas, mengapa Ketua Pemuda Pas berdolak dalih dalam hal ini.

Apakah peranan Ketua Pemuda Pas, semua yang dilakukan oleh Pakatan Pembangkang yang menderhaka adalah bersifat Peribadi, Tak bolehkah Ketua Pemuda Pas itu menasihat Nizar supaya jangan menderhaka kepada Sultan.

Putar belit Pemuda Pas ini hanya dongengan sahaja, Pemuda Pas hanya menegakkan benang yang basah, hakikatnya semua rakyat malaysia sudah tahu bahawa nizar telah menderhaka kepada Sultan.

Pemuda Pas patut menasihat Nizar supaya jangan menderhaka, jangan biar nizar mengikut telunjuk Ngeh (DAP).

Bagi saya, orang-orang melayu yang mengikut telunjuk DAP akan rosaklah iman dan aqidahnya.

Sabtu, 14 Februari 2009

TAHNIAH KEPADA KERAJAAN SARAWAK

Seorang lagi pemimpin PKR dilarang masuk S'wak
Andrew Ong & Tony Thien Feb 14, 09 6:21pm
Naib Presiden PKR, R Sivarasa menjadi pemimpin PKR kedua yang disenaraihitam dan dilarang memasuki Sarawak dalam tempoh dua bulan lalu.Sivarasa, yang ke Kuching untuk menemui pemimpin PKR di negeri itu, dimaklumkan mengenai larangan tersebut selepas mendarat di lapangan terbang antarabangsa Kuching tengahari tadi. - Malaysiakini


Tahniah kepada kerajaan Sarawak kerana telah mengambil tindakan di atas. Orang-orang yang jahat dan nakal konon untuk membuat pembelaan untuk rakyat. Kemasukannya hanya untuk memecah belahkan rakyat sarawak.

Saya tahu, ini memang salah satu syarat untuk sarawak menganggotai Malaysia.

SPEKER PERAK DERHAKA KEPADA SULTAN

Zambry, exco dirujuk pada JK hak dan kebebasan DUN Perak
Feb 14, 09 4:25pm
Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Exco kerajaan negeri yang mengangkat sumpah Selasa lalu, akan dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Rabu ini, kata Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar.- Malaysiakini.

Menurut laporan di atas, sikap speker di atas melambangkan beliau telah enggan menerima keputusan sultan Perak yang telah melantik Dr Zamri sebagai menteri besar, beliau telah melanggar sumpah ketika melafazkannya ketika mengankat sumpah dahulu akan patuh kepada Paduka Seri Sultan.
Sehubungan dengan itu, satu tindakan yang tegas perlu dikenakan kepada speker yang tidak tahu menghormati sultan perak.
Tindakan ini perlu untuk menjamin, kestabilan , keharmonian dan keamanan terus kekal di negeri perak.
Saya berpendapat Parti DAP patut diharamkan berikutan mencetuskan pelbagal tidak kestabilan di dalam negara Malaysia. dan juga berharap pemimpin seperti ini patut dikenakan tindakan ISA demi menjamin keamanan.

PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS

Pada ketika ini, ramai orang bercakap mengenai pembelajaran sain dan matematik dalam bahasa Inggeris. Percakapan ini di cakapkan dari kedai kopi, pentas politik hinggalah ke parlimen.
Semasa saya menjadi Jawatankuasa PIBG di sebuah sekolah Rendah dahulu (semasa PPMSI) hendak dilaksanakan saya telah mengajukan soalan untuk pentadbiran sekolah dan pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah mengenai target yang akan dicapai oleh anak-anak yang bagi membolehkan seorang kanak-kanak itu menguasi Bahasa Inggeris. Tidak ada satu jawapan pun yang dapat memuaskan hati saya dan jawatankuasa yang lain. Tiada target cuma dasar kerajaan sahaja. mesti dilaksana.

Ibu bapa melayu dan PIBG pada masa itu hanya menjadi pengikut dan pemerhati sahaja.

Selepas Lima tahun, perlaksanaan dan banyak wang kerajaan dibelanjakan, belbagai pandangan dan pendapat agar dikembalikan sains dan matematik dalam bahasa ibunda.
Pada pandangan peribadi, saya menyokong perlaksanaan ini kerana anak saya telah berjaya menguasinya.
Apabila tinjauan yang saya lakukan sendiri dan hasil dari sembang-sembang dengan guru-guru yang mengajar amat mendukacitakan kerana peratusan tidak dapat menguasai adalah teralalu ramai. Hanya segelintir sahaja anak-anak yang dapat menguasainya.
Justeru itu, di ruangan ini saya amat berbesar hati agar isu ini tidak dijadikan isu politik, dan berharap menteri pelajaran, kementerian pelajaran hendaklah menjalankan kajian menyeluruh (boleh juga menubuhkan satu suruhanjaya bebas) untuk menjalankan kajian.
Semoga apa yang telah dilaksanakan bukan merupakan satu kesilapan pada masa hadapan. Masa hadapan negara terletak pada anak-anak masa kini. Bantulah mereka, semoga negara akan bertambah maju pada masa hadapan...

MESYUARAT AGUNG PIBG

Minggu lalu, saya memengurusikan mesyuarat agung PIBG sekolah rendah anak saya, mesyuarat ini merupakan mesyuarat yang terakhir yang saya jadi pengurusi, kerana saya tidak akan mempertahankan jawatan Yang Di Pertua.



Di antara isi ucap utama saya ialah:-



1. Cabaran Ibubapa terhadap perkembangan pelajaran anak-anak. Anak-anak merupkan harta yang amat bernilai yang perlu dijaga dan dididik supaya menjadi manusia yang boleh memberi keuntungan kepada agama, bangsa, negara dan keluarga.



2. Peranan pendidik, Guru hendaklah mempunyai keikhlasan dalam memberi pendidikan supaya anak-anak didik menjadi seorang yang berguna.



3. Peranan Pentadbiran sekolah dan Pejabat pelajaran, supaya sentiasa menjaga hati guru-guru agar guru-guru tidak berkecil hati dalam memberi pelajaran serta membekalkan peralatan yang secukupnya dalam proses pembelajaran.



4. Satu perkara yang saya tekankan ialah usul yang telah diluluskan pada tahun lalu yang tidak mendapat sebarang respon dari pihak pentadbiran kerajaan negeri. Usul tersebut ialah mendesak supaya kerajaan negeri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama islam membekalkan buku teks kepada pelajar Kelas Agama dan Fardzu Ain (KAFA). Pebekalan buku teks ini hendaklah dilakukan seperti mana dilakukan oleh kementerian pelajaran(SPBT). Saya juga menyelar sikap kerajaan Negeri Kedah kerana tidak memberi sebarang respon terhadap usul ini. Sebelum pilihanraya Kerajaan YB Ustaz Azizan telah berjanji untuk menjadi negeri kabajikan. selepas menang pilihanraya dan menduduki kerusi MB beliau lupa untuk memberi kebajikan terhadap agama islam, bukan banyak duit untuk membeli buku-buku ini cuma dua tiga lori balak sahaja untuk seluruh negeri kedah. Saya cukup kesal, pembelajaran Kelas KAFA hanya dikendalikan oleh guru-guru yang tidak pernah diberi sebarang latihan. SElain itu guru-guru ini terpaksa mengeluarkan duit sendiri dalam penyediaan kertas pepereksaan, saya pernah mencadangkan agar pentadbiran kelas kafa hendaklah di asingkan dari Jabatan Agama Islam kerana penyeliaan kelas kafa tidak dilaksanakan dengan berkesan.



4. Berbanyak terima kasih kepada Jawatankuasa yang bersama-sama untuk membantu saya dalam memajukan PIBG.



5. Terima kasih juga kepada Pentadbiran sekolah yang selalu mendengar rintihan saya.



6. Memohon maaf untuk diri dan keluarga sekiranya terdapat sebarang kekilafan.



7. Terima kasih kepada kawan-kawan dan juga sektor koprat kerana telah banyak membantu dan membuat sumbangan.



terima kasih untuk semua...

Jumaat, 13 Februari 2009

SEKOLAH TIDAK MESRA IBU BAPA

Sekolah tidak mesra ibu bapa kerana tidak membenarkan ibu bapa masuk ke kawasan sekolah. Saya menghantar anak ke asrama sekolah petang ini. kenderaan ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah.

Soalnya adalah seperti berikut:-
1. Selepas tahun baharu cina, pihak pentadbiran sekolah tidak membenarkan kenderaan ibu bapa yang menghantar anak terpaksa meletakkan kenderaan diluar kawasan sekolah walaupun di dalam kawasan sekolah (depan dewan) mempunyai tempat letak kereta yang banyak kalau tak cukup kereta boleh diletak di hadapan pejabat Pelajaran Daerah (sebab hari tu hari cuti). Lalulintas dihadapan sekolah amat sibuk kerana laluan utama. Anak-anak yang dengan bag besar terpaksa berjalan jauh ke asrama. Pada hari itu pada pandangan saya, ada hampir dua kejadian hendak kemalagan berlaku, sekiranya pagar sekolah tidak di buka saya berharap pihak sekolah hendaklah bertanggung jawab penuh terhadap sebarang kejadian yang akan berlaku. Kalau pentadbiran sekolah benci kepada ibubapa pun benarkan ibu bapa masuk ke kawasan sekolah. Saya mungkin akan membawa pihak tv3 untuk merakam keadaan ini pada minggu anak-anak akan kembali keasrama. saya telah meng email ke pejabat pelajaran daerah tetapi hari ini saya datang untuk melawat anak saya, keadaan sama juga berlaku. SAYA TETAP BERANGGAPAN SEKOLAH INI TIDAK MESRA IBU BAPA DAN MEMBENCI IBU BAPA.

2.Pihak sekolah tidak melayan permintaan ibu bapa dalam aktiviti ko-kurikolom. anak saya telah dipaksa untuk memasuki persatuan berunifom yang beliau tidak minati, saya telah merayu untuk ditukar ke persatuan lain, tetapi pen. kanan ko-ku tidak layan. anak saya hampa dengan sikap sombong pentadbiran sekolah.

3. keadaan asrama sekolah, melatih anak-anak memberontak, ramai pelajar-pelajar telah keluar dan pelajar baru masuk, keadaan asrama amat menyeksa kadang-kadang putus bekalan air, kualiti air yang kurang baik (lihat tangki air pun berkarat).

4. sistem merit asrama dilaksanakan tidak praktikal, berat sebelah.

5.Warden-warden asrama sombong dengan ibu bapa.

Saya ingin mencadangan satu jawatankuasa bebas, hendaklah menyiasat perkara yang tercatat diatas. jawatankuasa itu hendaklah tidak terdiri dari guru dan pejabat pendidikan padang terap.

Khamis, 12 Februari 2009

ARU ARU MENGAPA ENGKAU JADI BEGINI

Arumugam sihat dan selamat - Azmin
SUNGAI PETANI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Bukit Selambau yang dilaporkan telah meletak jawatan, V.Arumugam dipercayai dalam keadaan sihat dan selamat walaupun pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) sendiri tidak tahu dimana beliau berada sekarang - THE STAR ONLINE.

Mengapa engkau susah untuk membuat kenyataan yang semudah itu.

Mengapa pembangkang takut sangat dengan aru ini.

Daripada kenyataan pembangkang saya beranggapan mungkin ada yang tidak kena mengenai arumugam ini.

Bagi saya jahatnya pakatan rakyat yang menambat aru ini. sehingga aru tidak akan muncul selagi pilihanraya kecil selesai.

mereka takut senjata aru akan tikam mereka.
takut nanti pecah tembelang.

sayang sekali MB kedah yang bergelar Dato' Seri dan Ustaz sanggup berbohong mengenai keadaan yang sebenar.

Sayangnya mat kasim yang bukan ustaz dan berlagak ustaz sanggup berbohong misteri kehilangan aru.

azmin tidak hairanah kenyataannya memanglah sangat mengelirukan...


Dilaman ini saya ingin mencabar Pakatan Rakyat , bawa keluar aru.... dan aru sila buat kenyataan apa yang berlaku sebenar.

Sekiranya aru tidak dapat keluar, saya tetap sangsi terhadap pakatan rakyat...
Pakatan rakyat yang telah menyembunyikan aru....

Rabu, 11 Februari 2009

KEMBALIKAN KUASA KE AKAR UMBI

TAIPING 11 Feb. - UMNO Bahagian Bukit Gantang mahu pucuk pimpinan parti meletakkan calon tempatan bagi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang tidak lama lagi. - Utusan Malaysia.

Luahan dari akar umbi perlu di ambil kira pada pilihanraya kecil Bukit Gantang, Kali ini biarlah bahagian Bukit Gantang yang membuat pilihan calunnya sendiri. biarlah mereka memilih calon yang bakal ditandinginya nanti. Insyaallah BN akan berjaya kali ini.

Kali ini biarlah bahagian bukit gantang yang menentang dan menempis segala dakyah serta pembohongan pembangkang.

POLITIK KERAJAAN KEDAH PEMBOHONG

ADUN Bukit Selambau telah diletakkan jawatan oleh MB Dato' Sri Ustaz Azizan, pada siangnya sebagai EXCO dan pada sebelah malamnya sebagai ADUN.

Tetapi sebagai pengundi yang telah mengundinya tidak mendengar dari mulutnya sendiri..

Di sini saya telah menampakkan keraguan tentang perletakkan jawatan ini, takkan dia malu kut nak buat pengumuman letak jawatan.

Dengar MB kata tak dapat dihubungi, MB maklum beliau hantar surat letak jawtan. tapi saya memang ragu, ustaz ni pun bukan boleh pakai sangat..

Pada pandangan saya YB Aru telah disembunyikan oleh pakatan rakyat sehingga SPR buat pengumuan.

Mereka takut Aru membuat penafian semacam dengan ADUN Perak...


Saya berharap MB dan Mat Kasim tak payahlah berbohong kepada rakyat..

Bukan senang nak jadi YB, TAMBAHAN PULA YB Aru terpaksa belanja kempen sendiri tidak guna duit PKR atau Pas..

Marilah kita renung dan fikir....


Takkan YB Aru begitu bodoh....

Orang bukit selambau diperbodohkan oleh MB dan Mat Kasim...

DUA BUKIT

Dalam masa likungan 60 hari lagi, rakyat malaysia akan di pertontonkan dengan keputusan orang bukit. Orang bukit akan membuat keputusan untuk memilih calon pilihan mereka untuk mewakili mereka untuk Parlimen dan DUN Kedah.

Di kesempatan ini saya ingin menyeru kepada orong-orang bukit buatlah pilihan demi menjaga ketuanan melayu.

Tujuan saya menyeru ini disebabkan pada masa ini umat melayu sedang di persendakan oleh bangsa yang telah dibawa oleh penjajah.

Ingatlah wahai umat melayu, satu undi anda untuk BN akan membantu menyelamatkan bangsa melayu.

Jangan beri undi kepada PAS, kerana pemimpinya sukan mengkafirkan umat islam, pemimpinya ulamak yang jumud, ulamaknya hanya mementingkan perpecahan sesama islam.

Jangan beri undi kepada PKR kerana anuar banyak kes di mahkamah, parti ini dibantu oleh YAHUDI.

sekian, untuk kali ini..