Utusan Online Headline Animator

Isnin, 5 Oktober 2009

JANJI MANIS SEBELUM PILIHANRAYA

Hari ini, Calon PAS DUN Bagan Pinang, Zulkefly Mohamad Omar akan mendekati golongan berpendapatan rendah serta mendapatkan gaji minimum untuk pekerja ladang dalam kawasan pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

Ini merupakan antara usahanya untuk menyelesaikan isu-isu yang disuarakan penduduk di kawasan berkenaan, seramai kira-kira 2,500 pengundi di kawasan Ladang Atherton, Pekan Siliau, Ladang Bradwall serta Sua Betong.

Ini adalah janji manisnya sebelum pilihanraya, Kita tahu kalaupun dia menang dan menjadi YB tentu janji manis ini tidak akan terlaksana, janji ini adalah sebahagian penipuan yang terangan terhadap penghuni Bagan Pinang. Masalah gaji pekerja ladang bukan tertetak kepada kerajaan tetapi terletak kepada majikan pekerja. Perkara ini telah lama diperjuangkan oleh BN. Hanya mereka yang kurang cerdik sahaja yang terpengaruh dengan janji calon PAS ini. Selepas pilihanraya jika ditakdirkan calun ini menang, tentu sekali ia akan menjadi kaya. Rakyat di Bagan Pinang hanya terkenang janjinya sahaja.

Lihat sahaja di Kedah, sebelum pilihanraya berjanji Sokong PAS barang turun harga, lepas menang barang haram pun tak turun. Inikan nak bagi rakyat kedah sejahtera, semua itu adalah pembohong, yang mereka bagi adalah geran tanah kepada sukat sakat penyokong pas sahaja. Itulah janji penipu PAS. Allah sangat membenci orang macam ini.

Lihat sahaja di Kelantan, dalam menefesto PAS sebelum memerentah, berjanji bahawa bayaran parking kereta adalah PERCUMA tetapi sampai sekarang pun tak dapat bagi percuma, itu semua janji manis sebelum pilihanraya. Janganlah percaya terhadap janji pemimpin pas.