Utusan Online Headline Animator

Isnin, 25 Mei 2009

MOGOK LAPAR

Beberapa akhbar hari ini, telah menyatakan pendapat mufti dan ulamak mengenai mogok lapar, cuma kita tidak kedengaran fatwa dari ulamak PAS. Kita tunggu dan lihat apa fatwa yang mereka akan keluar. Adakah fatwa PAS selari dengan pandangan mufti-mufti di Malaysia. Menurut seorang rakan Blogger iaitu Dr. Nova dari Pulau Pinang, beliau mencabar supaya mogok lapar itu di adakan lebih 72 jam kerana ia akan melibatkan masalah kesihatan.

Saya semasa menuntut di sebuah Institusi di Ipoh, pada tahun 1995 dahulu pernah melihat ahli DAP di pimpin oleh P Patto melancarkan mogok lapar, kononnya untuk menarik simpati, nanum pada pandangan saya, penonton lebih ramai daripada orang yang mogok. Tiada sebarang kesan terhadap orang yang mogok lapar. Oleh itu , orang yang menyertai mogok ini, adalah orang yang bodoh kerana menidakkan apa yang mereka telah laungkan selama ini. Mereka ini adalah penderhaka kepada Sultan Perak. Adakah dengan mogok lapar ini, akan mendesak sultan perak untuk membubarkan DUN, tunggulah masa dan ketika, DUN Perak pasti dibubar, bertandinglah semula.
Mengapa sekarang mahu menuntut supaya DUN dibubar, BN sewaktu di Kelantan kalah satu kerusi, tidak pernahpun meminta sultan Kelantan bubar DUN. Inikan 3 kerusi, Jalankan tugas Wakil rakyat dengan baik, Janganlah jadikan Negeri Perak sebagai tempat hura-hara. Kalau Nak buat huru hara, Yang India balik Ke India, yang Cina boleh pilih China, Hong Kong atau pun Macau.
Pelapor Mogok Di Perak telah meninggal Dunia, sekarang muncul pula P. Patto kedua (Ngar Kor Ming). Orang melayu yang menuruti bangsa yang diangkut ini adalah melayu yang derhaka kepada Sultan. Derhaka kepada sultan sama juga derhaka kepada ALLAH.


Itulah yang saya dapat beritahu.

1 ulasan:

  1. Derhaka pada sultan sama juga derhaka kepada ALLAH ......alahai kau rujuk kitab mana ni!kalau ye pun kau sokong umno cakap pakai la otak.umno ni yg gelojoh sngt kalau hari tu korang tunggu sidang dun semua ni tak terjadi lu baca la komen TUN MAHADIR tak kan lu lagi tau dari dia,tolong la sedar diri.kau cuba fikir(tig pakai otk)kalau dun dibubarkan umno blh menang ke? tapi aku memang tak setuju dun dibubarkan, biar benci menjadi dendam baru la best,ia akan menjadi senjata paling ampuh utk digunakan masa pilihan raya....hahahaha

    BalasPadam