Utusan Online Headline Animator

Isnin, 22 Jun 2009

GAGALNYA SEBUAH GAGASAN YANG BAIK

Penolakan cadangan penubuhan kerajaan perpaduan itu diumumkan oleh penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas satu pertemuan pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang di Bangunan Parlimen di sini hari ini.
PAS tak jujur cadang kerajaan perpaduan: Ismail Sabri
"Ini memang sudah dijangka. Ini semua hanya wayang kulit. Memang ada percanggahan dalam Pakatan Rakyat," kata Koh yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno pula melahirkan rasa dukacita ekoran tindakan Pas menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan.
Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan, berkata penolakan itu tidak mengecewakan Umno. UMNO dan BN tak payah susah-susah. Banyak kerja lagi boleh dibuat. Dah jadi pemerintah ni, buat baik pun kena, buat tak kena lagi lah dipersalahkan. - Sanggul Melayu. Start petang tadi sampai malam ni.... sampai esok.... lusa..... tulat.... tungging..... tungging buyung.....(lepas tu apa lagi haa?), riuh pasai Pakatan Rakyat tolak gagasan Kerajaan Perpaduan. Confirm! Pi la tang mana pun, saheh isu ni paling top. Sebelum ini pun dah riuh-rendah merata ceruk. Di luar nu pun bertengkar sakan. Dalam internet ni pun perang sakan. - Ekeng A/L Etong Orang Melayu Akan Terus berpecah Selagi Dengar Cakap Anwar
Orang Melayu tidak akan bersatu selagi mendengar cakap Anwar. Anwar telah menetapkan agenda peribadi beliau sendiri jauh lebih penting dari lain-lain agenda termasuk agenda Islam dan Melayu. - Dr Mohamad Khir Toyo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan