Utusan Online Headline Animator

Rabu, 3 Jun 2009

IDEOLOGI KOMUNIS MERESAPI JIWA ZAID IBRAHIM

Ideologi komunisme telah meresap di dalam jiwa pembelot bangsa melayu 'Zaid Ibrahim'. Setelah kecewa dengan kerajaan dan sanggup untuk menikam dari belakang Pak Lah dan Kabenetnya, kali ini zaid ibrahim ingin menjadi pembela Cin Peng.


Semua rakyat malaysia tahu, bahawa Cin Peng adalah pengganas dan telah menyusahkan negara dan ramai tentera kita telah terkorban angkaranya. Mengapakah beliau sanggup untuk membela Cin peng? Pembelaan ini adalah kerana orang melayu tidak lagi menyokongnya.Beliau sanggup untuk mencari populariti murahan demi orang cina agar menyokongnya.


Manusia seperti ini tidak pernah hidup susah kerana beliau anak bangsawan dikelantan. Beliau tidak pernah memegang senjata mempertahankan negara. Kaum kerabatnya tidak ada yang putus kaki untuk mempertahankan negara ini. Kekayaannya adalah kerana hasil dasar penswastaan negara.


Manusia melayu seperti ini adalah manusia yang lupa akan asal usulnya. Sanggup untuk menindas bangsa melayu demi untuk mengejar kekayaan dan populariti.


Sekarang tibalah masanya, Dato' Sri Hisamuddin untuk menggunakan kuasa yang diamanahkanya untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana orang yang condong pada ideologi komunis ini untuk ditahan di Kem Kemunting.


Ayuh DS Hisam! apa tunggu lagi. Masukkanlah pembelot negara ini ke dalam kem Kemunting. Jangan dibiarkan mereka merosakkan rakyat malaysia dengan ideologi komunis.

2 ulasan:

  1. Bagaimana pula dengan Abdullah CD atau Shamsiah Fakeh? Mengapa mereka pula dibenarkan pulang?

    Why the double standards?

    BalasPadam