Saya tidak pernah membuat catatan megenai kerajaan perpaduan yang telah dicanangkan oleh Hj. Hadi sehinggalah pada hari ini, di mana hari gagalnya kerajaan perpaduan hadi. Kegagalan Kerajaan ini bukan disebabkan kegagalan perbincangan dengan UMNO. Kegagalan ini disebabkan oleh Brother Anuar Bin Ibrahim (BABI) dan seorang bangsa yang telah diangkut oleh penjajah iaitu Lim Kit Siang. Di sini saya serta kenyataan media yang dipetik dari laman YB Zul Kulim. (YB yang tidak istihar penyata pilihanraya)
KENYATAAN MEDIA
MAJLIS PIMPINAN PAKATAN RAKYAT
Pendirian Pakatan Rakyat Berkenaan Isu Kerajaan Perpaduan
Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan di Pejabat Ketua Pembangkang hari ini Isnin 22 Jun dan mengambil keputusan berikut:
1. Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang akan datang.
2. Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO / Barisan Nasional yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat.
3. Pada masa yang sama Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan pimpinan Barisan Nasional bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat seperti usaha pemulihan ekonomi, meningkatkan kualiti pendidikan, mengembalikan semula integriti institusi kehakiman, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, skandal RM 12.5 bilion projek PKFZ, salahguna kuasa kepimpinan polis sementara kes jenayah semakin meningkat, membanteras rasuah dan menjana urustadbir yang baik, menjalankan pilihanraya yang bebas dan adil, membubarkan DUN Perak serta menjalankan pilihanraya dengan segera bagi menyelesaikan krisis rampasan kuasa negeri Perak.
DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM DATO’ SERI ABDUL HADI AWANG LIM KIT SIANG
###
Date: 22 June 2009
Di sini saya ingin mengulas tentang kenyataan media di atas.
Kenyataan 1.
Tahniah dan Syabas BABI dan LKS kerana berjaya menyakinkan Hj. Hadi (orang islam yang mengkafirkan sesama islam) bahawa mereka akan membentuk kerajaan pada pilihanraya akan datang. BABI amat yakin sekali mereka akan dapat membentuk kerajaan akan datang dan mereka telah menyakinkan hadi sehingga terpengaruh. Saya amat optimis pilihanraya akan datang pakatan ini akan merana.
Kenyataan 2.
Mengenai bahawa Kerajaan Perpaduan adalah satu tohmahan jahat. Disini jelas sekali bahawa Hadi adalah seorang yang jahat sehingga mencetuskan idea kerajaan perpaduan. Di sini juga jelas menunjukkan bahawa hadi adalah seorang yang selalu membuat fitnah sehingga menggugat Pakatan Rakyat. Celaka sungguh BABI ini sehingga menikam belakang hadi dengan kenyataan sedemikian. Bacul sungguh pengasas kerajaan perpaduan kerana membiar BABI ini menghina dia. Apa guna jadi ahli pas sehingga BABI sanggup menghina pemimpin mereka.
Kenyataan 3.
Kenyataan ini, sungguh pelik kerana medan untuk berbincang adalah parlimen. Gunalah parlimen untuk berbincang masalah ini. tentu kerajaan bersedia berbincang. kecuali kes Perak. Kes Perak adalah tertakuk kepada KDYMM Tuanku Sultan Perak. Janganlah menghina Baginda. Keputusan yang Baginda buat tidak membubarkan DUN. Patuh dan Taat setialah kepada Baginda. Janganlah ikut telunjuk Bangsa yang diangkut oleh Penjajah seperti LKS.
TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.
-
Penyokong dan kempimpinan UMNO masih lagi merintih dan merayu kepada Yang
Dipertuan Agong ke 17 Tuanku Sultan Ibrahim meminta belas ehsan Tuanku
untuk me...
9 bulan yang lalu
H1N1 melanda ~ inilah jadinya. tolak sana tolak sini, last nyew UMNO/bn jugak yg kene ~
BalasPadamSalam ziarah....
BalasPadamKita semua Sudah sedia maklum bahawa PAS adalah parti boneka kepada BABI dan LKS jadi adalah tidak menghairankan jika mereka menolak UG ini .Dok tak dok UMNO pulak yang dok kena memang dasar jenis lidah bercabang betoi la ye jenis pemimpin2 PAS ni .Apa pun UMNO tetap Dulu Kini Dan Selamanya pada saya dan sesekali tidak akan beralih arah walaupun apa yang terjadi insyaallah......
Salam bro...
BalasPadamBro dijemput di Majlis Gathering Bloggers Utara pada 4hb Julai ni...detail di blog saya...
Seat dah tak banyak dah...siapa cepat dia dapat...hehhehhe...silakan...
Ketua Pemuda Gerakan ketinggalan zaman, kata MB Kedah
BalasPadamALOR SETAR, Jun 25 — Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak menyifatkan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang ketinggalan zaman apabila terus mengajak orang menyertai BN.
"Semua sekarang nak tinggalkan Umno dan BN untuk menyertai PAS dan Pakatan Rakyat. Tiba-tiba dia pula ajak masuk BN, pelik sungguh," kata Azizan kepada media dalam satu majlis di Gurun hari ini.
Azizan mengulas gesaan Tan yang meminta DAP dan PKR menyertai BN bagi membentuk kerajaan baru di Kedah dengan meninggalkan PAS.
Ini kerana, kata Tan, kerajaan Kedah dibawah pimpinan PAS sekarang meminggirkan orang bukan Melayu di Kedah.
Menurut Azizan, Tan ketinggalan dalam banyak hal termasuk isu kouta 50 peratus untuk orang Melayu apabila tanah rezab Melayu diambil untuk projek perumahan di bandar Alor Setar.
Tan juga, kata Azizan, ketinggalan dalam isu pusat penyembelihan babi di Mergong.
Sebelum ini, Azizan berkata, yang tidak adil adalah kerajaan BN sebelum ini yang telah meluluskan tanah rezab Melayu untuk projek perumahan tetapi menetapkan hanya 20 peratus sahaja kouta untuk orang Melayu.
"Ini tanah rezab Melayu, bukan tanah pegangan bebas. Untuk tanah pegangan bebas, mana ada syarat itu," katanya.
Dalam isu pusat penyembelihan babi di Mergong pula, pusat yang terletak di Pasar Mergong ini, walaupun telah bergerak selama lebih 30 tahun, namun ia tidak pernah mempunyai lesen yang sah dari pihak berkuasa tempatan.
Aktivitinya pula mendapat bantahan orang Melayu yang turut ke pasar ini kerana bahan-bahan buangannya dibuang dalam tong sampah yang sama dengan penggunaan lain dan sebahagiannya dialirkan ke sungai berdekatan.
Ekoran bantahan itu, Majlis Bandaraya Alor Setar telah mengarahkan pusat penyembelihan ini dipindahkan ke tempat lain.
Ekoran itu, persatuan peniaga babi ini telah membuat rayuan kepada Menteri Besar Kedah untuk memberikan tempoh kepada mereka sebulan untuk mendapatkan tempat baru.
"Menteri Besar telah menulis surat kepada Datuk Bandar Alor Setar agar rayuan mereka ini diterima. Jika selepas sebulan mereka tidak dapat kawasan baru, itu masalah mereka kerana mereka yang meminta tempoh sebulan," kata Setiausaha Akhbar MB Kedah, Helmi Khalid yang dihubungi hari ini.
Menurut Helmi, satu kawasan baru telah dikenalpasti untuk dijadikan tempat penyembelihan babi ini iaitu di satu kawasan dalam Kampung Cina Pendang.
"Pejabat MB telah bersetuju dengan tapak baru ini jika mendapat kelulusan khasnya dari Jabatan Veterinar. Surat juga telah dihantar kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Pendang agar permohonan ini diluluskan jika mendapat sokongan dari jabatan-jabatan berkaitan," beritahu Helmi.
Sementara itu, hubungan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat di Kedah sangat baik, kata anggota Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar.
"Oleh itu, saya yakin pancingan Tan itu tidak akan dimakan oleh sahabat-sahabat saya dalam PKR atau DAP. Orang sekarang nak tinggal BN dan nak masuk Pakatan," kata beliau.
Tentang isu-isu yang dibangkitkan, Firdaus yakin ia akan adapat diselesaikan dengan baik Oleh MB Kedah.
"Sabarlah, isu babi ini sensitif dan tidak siapa mahu babi diternak atau disembelih di sebelah rumah mereka sekarang dengan wabak selsema babi ini. Jadi kena bersabarlah supaya kawasan yang dijadikan kawasan ternak dan sembelih itu nanti benar-benar sesuai," katanya.