Isnin lepas Mohammad Nizar diarah keluar daripada Dewan Rakyat oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana melanggar etika pakaian dengan memakai satu lilitan bertulis “Bubar DUN” pada songkoknya. Beliau juga melaungkan “Hidup Rakyat, Bubar DUN” (Perak) sebaik mengangkat sumpah.
Ditanya mengenai perbuatan yang dilihat seolah-olah membawa budaya samseng di Dewan Rakyat, Mohammad Nizar berkata tindakannya hanya sekadar mempertahankan perlembagaan negara untuk rakyat Perak.
— Laporan BERNAMA.
Amat jelas bahawa rakyat malaysia telah diperbohongkan oleh si nizar keparat. Kalaulah benda ini dilakukan secara sepontan. mengapa lilitan kepala di bawa oleh beliau sendiri dan juga MP pembangkang. Tak Payahlah nak bohong kepada rakyat Malaysia. Allah Maha Besar, tunggulah engkau di Padang Mahsyar.
Nizar ini sudah tahu bahawa sistem demokrasi adalah sistem yang mejoriti, bukan sistem minoriti. Sebagai seorang yang jahat dan samseng demokrasi beliau telah cuba untuk menarik perhatian untuk mempopularkan dirinya.
Melaungkan Bubar DUN Perak, adalah sama seperti mencabar kewibawaan Sultan Perak di dalam Parlimen Malaysia. Sultah Perak adalah seorang yang diamanahkan oleh Perlembagaan Negeri Perak untuk membubarkan DUN. Baginda Sultan Perak adalah seorang raja yang adil dan bijaksana, Baginda amat tahu mengenai hal elwal negeri Perak. Tak payahlah untuk mengajar Baginda, bila sampai masa, baginda pasti akan membubarkan DUN. Untuk penyokong PAS dan pakatan rakyat, mereka ini adalah golongan yang ditipu hidup-hidup oleh nizar kerana si pembohong ini sanggup untuk menderhaka kepada Sultan Perak.
Kepada Paduka Seri Sultan Perak,
Patik berharap Tuanku dapat menarik balik segala Darjah Kebesaran Negeri Perak yang telah dianugerahkan kepada Nizar dan Penderhaka dalam Pakatan Rakyat. Penarikan ini adalah sebagai iktibar kepada seluruh rakyat bahawa Penderhaka ini patut dihukum.
Akhir sekali, kerajaan hendaklah bertindak tegas, dalam menghapuskan penderhaka kepada raja-raja melayu. Tindakan lewat akan menjahanamkan umat melayu.
Penulis rencana ini buta mata hati.Beranikah anda memaparkan ulasan saya yang pendek ini?
BalasPadamSaya kasihan pada penulis blog ini kerana sudah tidak dapat membezakan antara yg benar dan yg salah.Dah banyak makan duit haram kut?
BalasPadamSaya berterima kasih kepada Tanpa Nama dan En. hamid , kelang kerana memberi komen terhadap tulisan saya. Nampaknya kedua dua penulis ini telah ditanam perasaan benci terhadap pemerentah dan sultan di Malaysia.
BalasPadamSaya tidak takut cabaran seperti mana, di cabar oleh Tanpa Nama. tetapi sanyanya tanpa nama ini adalah manusia yang pengecut kerana tidak mendedahkan identitinya. Saya berdoa semuga beliau insaf dan akan taat kepada pemerentah dan raja.
Tentang komen En, Hamid Kelang, Untuk Pengetahuan En Hamid, BN telah mendapat mejoriti di Parleman dan DUN Perak. Ini adalah satu kebenaran. Mengenai duit haram saya tak faham, mungkin En. Hamid banyak makan duit haram sebab itu dia tudah saya makan duit haram, Saya berharap en hamid dapat bertaubat, janganlah menuduh orang tanpa bukti, terimalah kenyataan bahawa BN mendapat mejoriti, tak payahlah memutar belit fakta.