Utusan Online Headline Animator

Isnin, 8 Jun 2009

RAYUAN RAKYAT

Semasa saya menjadi Yang Di Pertua PIBG dahulu, saya telah mengemukakan satu usul agar kerajaan memberi Skim Pinjaman Buku Teks untuk pelajar yang menuntut di Kelas Agama dan Farzu Ain. Usul tersebut telah dihantar kepada YB dato' Seri Zahid bin Hamidi, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan bin Abdul Razak.
Walau bagai manapun usul tersebut telah dipanjangkan oleh Dato' Zahid kepada Ketua Pengarah Jakim dan Ketua Pengarah Jakim telah menjawab usul tersebut dengan menyatakan bahawa urusan Kelas KAFA terletak di bawah Kerajaan Negeri dan akan membawa usul tersebut untuk dibincangkan bersama kerajaan negeri.
Saya amat terkilan, kerana saya tidak mendapat jawapan dari kerajaan negeri kedah yang MB berstatus Ustaz dan akan menjadikan negeri ini berkerajaan kebajikan dan sejahtera. Berilah jawapan kepada usul tersebut. ini adalah nadi rakyat. kalau hendak membeli buku teks untuk kelas KAFA ini, tebang balak pun tentu rakyat tak marah untuk tujuan ini.
Di Kesempatan ini saya ingin merayu kepada Menteri Agama yang baru iaitu Mej. Jen. Dato' Jamil Khir Baharom untuk mengkaji kembali usul tersebut. Kerana ia akan memberi rakyat yang susah kesenangan apabila sekolah dibuka nanti. Gunakan sedikit peruntukan Kementerian untuk melabor untuk modal insan yang akan memimpin negara pada masa hadapan. Walau bagaimana pun saya kini tidak menjadi Yang Di Pertua PIBG, saya akan mengutus surat kepada YB Menteri agar Buku Teks untuk Kelas KAFA di beri secara pinjaman seperti mana yang dikendalikan oleh kementerian pelajaran.
Kepada Rakan Bloger, marilah kita sama-sama merayu dan berdoa agar kerajaan memberi pinjaman buku teks untuk kelas KAFA demi untuk pembangunan modal insan dan melahirkan insan yang kamil pada masa hadapan. Doa dan rayuan dari rakan-rakan, amatlah dihargai.

1 ulasan:

  1. Saya amat menyokong cadangan/ususl ini demi masa depan pendidikan anak bangsa kita. Apa lagi pelajar-pelajar kelas KAFA adalah 100% Islam, walaupun seorang dua yang bukan Melayu tetapi Islam!
    Jika Kerajaan sanggup dan mampu membelanjakan untuk perkara-perkara lain yang bersifat keduniaan, apa salahnya menanam sikit saham untuk akhirat.
    Salam!

    BalasPadam