Utusan Online Headline Animator

Ahad, 29 Mac 2009

Sabtu, 28 Mac 2009

SELOKA MAN PENDEK


Pulau Langkawi memang syurga membeli-belah,
tapi sejak minyak dok naik turun,
barang-barang tak lagi murah.
Datuk Pengerusi, izinkan saya berucap dalam bahasa tua,
dalam bentuk prosa saya tak sedap nak mengata,
saya nak hayun dalam bentuk seloka,
apa yang saya nak kata semuanya betul belaka.
Saya minta maaf jika hujah saya tersangkut-sangkut,
Jangan pula tuan-tuan dok baling saya dengan kasut,
Saiz 10 kalau kena kat muka tak harus nak sebut,
Pasal dibuat daripada kulit bukan daripada sabut.
Yang Amat Berhormat Presiden, lepas bersara jom kita pi Langkawi,
Kita pekena kerabu berundur, air Tongkat Ali,
Biar badan cergas urat-urat keras macam besi,
Kalau tak percaya tanya Datuk Det atau Datuk Nawawi.
Kepada Datuk Najib bakal Perdana Menteri,
Dalam sebuah kapal seorang saja jurumudi,
Jangan dok selalu dengar penasihat kanan ataupun kiri,
Kena banyak ambil kira kehendak akar umbi.
Ramai ahli-ahli kita yang rasa terharu,
Kerana menyambut kedatangan tahun baru,
Persidangan agung kita pun kena tunda 12 minggu,
Simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pun sudah tinggal buku.
Tahun 2008 dah jadi 2009,
Dulu rambut hitam la dah beruban,
Banyak makanan sedap dah tak boleh makan,
Tu pun tak mahu lepas jawatan Ketua Bahagian.
Ada sesetengah ahli tak ambil langsung kisah,
Ketua bahagian bertukar pun dia tak berubah,
Orang dok tabung duit kira nak pi Mekah,
Dia dok simpan kira nak menikah.
Kita kalah pilihan raya jangan dok salah sapa-sapa,
Ini balasan Allah kerana kita sendiri punya angkara,
Kita terlalu tamak, sombong dan gila kuasa,
Teguran akar umbi kita tak ambil kira.
Pemimpin kita yang sudah punyai kuasa,
Dia tamak pula nak jadi kaya-raya,
Yang dah kaya-raya berebut pula nak pegang kuasa,
Last sekali Batu Putih pun kita putih mata.
Rakyat kata menteri kita tak selesai masalah,
Ada saja isu menteri dok cari helah,
Menyebabkan rakyat tak tentu arah,
Mai pilihan raya Barisan Nasional depa tak pangkah.
Contoh, bila bayaran elektrik sikit naik atas,
Menteri kata jangan pakai 'air cond' pakai kipas,
Yang ada kipas elektrik dia suruh pakai kipas kertas,
Makan ubi kayu kalau tak cukup beras.
Dalam pasaran dulu susah dapat gula,
Kita minta sekilo dia bagi secamca,
Ibu tunggal di kampung dah seminggu tak berniaga,
Menteri kata gula kencing manis, kesihatan kena jaga.
Bila minyak pula mula-mula naik harga,
Menteri suruh kita berkongsi kereta,
Dia suruh pi kerja naik basikal atau beca,
Perkhidmatan awam tak tambah tambah infrastruktur.
Menteri kata bulan Ogos baru minyak naik harga,
Tak dan bulan lapan naik terus lepas bulan dua,
Apa menteri cakap akar umbi dah tak percaya,
Ikut kata depa cakap macam burung kakak tua.
Baru-baru ni kerajaan kuat kuasa satu peraturan,
Tak dan dua hari dia bubuh gear gostan,
Suruh tukar penggunaan plastik tong ikan,
Nelayan yang miskin pun depa tak kasihan.
Harga beras kekal macam selalu,
Jangan dok suruh rakyat makan ubi kayu,
Takut badan tumbuh bulu,
Habis semua pakat berhimpun dok dalam zoo.
Menteri Pelancongan mailah sekali dua kala kat Langkawi,
Kita pekena kerabu Lat Tut kalau tak mau air Tongkat Ali,
Kami bermasalah besar dengan perkhidmatan feri,
Kira dok penaik harga Langkawi dah jadi sunyi.
Laluan feri Langkawi kementerian dah kunci,
Syarikat lain nak buka depa tak bagi,
Maka jadilah dipanggil sistem monopoli,
Perkhidmatan mereka ikut suka hati.
La ni kerajaan kata nak jimat belanja,
Kursus-kursus di Langkawi dan Pulau Pangkor kena batal saja,
Banyak calet-calet Melayu kena tutup kira-kira,
Dan ramai pulaklah yang tak ada kerja.
Longgar sikitlah Datuk Najib kat Pulau Pangkor dan Langkawi,
Biar depa boleh cari sikit rezeki,
Bila tak ada kerja gerenti anak dok tambah lagi,
Kalau biar lama-lama pun UMNO boleh mati.
Dasar pelajaran kita banyak yang celaru,
Bahasa Inggeris pun depa nak suruh ajar dalam Bahasa Melayu,
Banyak sekolah luar bandar kurang cikgi dan cikgu,
Yang jadi mangsa murid-murid Tahun Satu.
Pelajaran sejarah utamakan semula,
Supaya semua kaum tahu usul asal mereka,
Jelaskan UMNOlah yang tuntut merdeka,
Dengan keistimewaan Melayu parlimen beraja.
Kat Menteri Pertahanan saya nak pesan,
Jangan mudah kita termakan umpan,
Berdebat berbuih mulut pun bukan ada kesan,
Buktinya kita kalah di pilihan raya kecil di dua kawasan.
Saya nak tanya kat Menteri Kerja Raya,
Siap jalan baru dia bubuh tanda selekoh bahaya,
Kalau dah tau jalan tu bahaya dok buat buat apa,
Lepas tu kita kalut banyak kereta dok berlaga.
Akar umbi kata kebanyakan menteri kita terlalu lembut,
Orang gempak sikit menteri terus ikut,
Kontrak sosial kita pun dah jadi kelam-kabut,
Menjadikan rakyat dah mula rasa takut,
Setengah menteri kita bila dah pegang jawatan,
Kita minta tolong dia kata ni parti lain daripada kerajaan,
Cukup tiga tahun mai musim pemilihan,
Depa pi ke bahagian perwakilan buat tak hairan.
Tuan-tuan ingat apa yang saya kata ni di atas nak peduli,
Dia masuk telinga kanan dia keluar telinga kiri,
Kita nak pi jumpa dia, dia tanya ada buat appointment dengan secretary,
Kita juga mai dengan AirAsia balik naik lori.
Saya ada buat appointment jumpa seorang menteri,
Saya terlewat 10 minit pederas dari Langkawi,
Depa suruh saya tunggu dari pagi sampai rehat tengah hari,
Lepas tu setiausaha dia kata Datuk sibuk petang ni jumpa lain kali.
Ramai ketua bahagian rasa amat kecewa,
Kerana tak dicalon dalam pilihan raya,
Kepada parti mereka tidak menderhaka,
Cuma hari mengundi depa tak buat apa.
Penyokong-penyokongnya pula rasa kecil hati,
Depa setuju pakat buang pangkah undi,
Tujuan nak bagi kalah hanya satu dua kerusi,
Mai keputusan pi lima buah negeri.
Seorang sahabat saya Datuk Rahman Bakar,
The Giant Killer kita juga gelar,
Pilihan raya 2008 namanya tak keluar
la ni dok pakai kain jarang pakai seluar.
Yang Amat Berhormat Datuk Najib, ini pelajaran yang pertama,
Sebelum tentu calon risik-risik dan banyak bertanya,
Kalau dok letak juga calon yang akar umbi tak terima,
Alamat lima tahun lagilah kita akan merah telinga
Jangan pula kerana nak menang satu kerusi,
Sesama kita pakat dok lawan berdengki,
Fitnah-memfitnah Allah sangat benci,
Ingat samalah kita ni tak lama lagi nak mati.
Setengah kita cari makan dok ampu,
Tak dan bos nak cakap dia sampuk saya setuju,
Bos pi melawat kawasan dia sampai dulu,
Kita boleh kain pelikat envelope besar dia sapu.
Tuan-tuan dan puan-puan jangan dok ketawa,
Memang ini dok berlaku di antara kita,
Tetapi di dalam dewan ini semua baik-baik belaka,
Yang saya dok kata hak di luar tu sebanyak tiga juta.
Dari warung kopi hingga ke hotel berbintang,
Orang dok bercakap UMNO dan politik wang,
Kata depa gejala ini kalau tak dihalang,
Alamat UMNO nak jatuh terkangkang.
Tetapi seorang kawan saya pula berkata,
Ini bukan rasuah, duit makan dan minyak kereta,
Elaun dia kerana tinggal dua tiga hari kerja,
Anak bini di rumah kena juga jaga.
Kalau bagi tentu salah,
Kalau tinggal takut kalah,
Bagi sikit depa marah,
Bagi banyak kita pula parah.
Apa pun Malaysia kita sudah berjaya,
Kita berbangga dengan Cyber dan Putrajaya,
Pak Lah pula tambah dengan suruhanjaya,
Dok cari yang rasuah di kalangan kita.
Di Negeri Kedah kami jadi pembangkang,
Timbul isu buruk depa dok tuduh kita yang rancang,
Kita dah sah ikut depan tak dia syok ikut belakang,
Kita hantar SMS depa hantar gambar telanjang.
Bangsa kita dulu ni memang kaya-raya,
Kita ada negara yang digelar empayar,
Kerana tak bersatu fitnah-memfitnah antara kita,
La ni dah tinggal sekangkang kera.
Mulai sekarang kita mesti berusaha,
Sikit berpolitik banyak buat kerja,
Kalah atau menang kawasan mesti jaga,
Baru boleh dapat balik lebih dari dua pertiga.
Dan kita sesama kita mestilah bersatu,
Supaya kita kuat dan keras macam batu,
Sebelum bertindak kaji selidik dahulu,
Melaksanakan undang-undang jangan pilih bulu.
Warga Langkawi kami tak mudah lupa,
Kepada Tun Mahathir yang banyak berjasa,
Bila dia keluar UMNO ramai yang jatuh air mata,
Sanggup jadi ahli walaupun dia tubuh parti cap bola.
Tun di Langkawi macam Pak Lah di Kepala Batas,
Nak main kerja parti pun tak ada tempat dah nak buat pentas,
Jalan berselerak ikut bawah dan ikut atas,
Pasal jaga kawasan Pak Lah A Kelas.
Lazimnya harimau mati meninggalkan belang,
Gajah pula mati meninggalkan tulang,
Saya pencen sampai la tak habis bayar hutang,
Pak Lah nak berhenti selesai tuntutan Limbang.
Kepada Pak Lah kita ucapkan selamat bersara,
Junjung dan kasih beraga-raga,
Banyaklah berehat bersama keluarga,
Ada masa lapang pi ke Kuala Kedah makan laksa.
Kepada Datuk Najib kami sandarkan harapan,
Dalam UMNO Datuk buatlah pembaharuan,
Perkasakan Melayu dalam bandar raya dan pekan,
Kembalikan keyakinan rakyat pada Barisan.
Datuk Najib tolonglah kami negeri yang susah,
Negeri tak berapa kaya lagi dah kalah,
Kalau tak boleh lima, sorang dua pun cukuplah,
Sebagai menteri penuh dari negeri Kedah.
Segala yang baik datang dari Allah,
Yang tak baik dari saya sendiri,
Maafkan saya segala tersilap dan salah,
Jangan dibawa balik tinggal kat dewan ni.
Di Langkawi ada sebuah pulau namanya Pulau Tuba,
Kalau boleh Datuk Najib buat jambatan jalan dua hala,
Saya gerenti merecik pelancong nanti terpa,
Ayam bulu balik makan pagi raya,
Insya-Allah Kedah dapat balik sekali lagi pilihan raya.

Jumaat, 27 Mac 2009

TAHNIAH DAN SELAMAT BERKHIDMAT UNTUK AGAMA BANGSA DAN NEGARA

PRESIDEN UMNO










KETUA WANITA






KETUA PEMUDA






KETUA PUTERI







WANITA

Pengerusi tetap

Tan Sri Napsiah Omar (tanpa bertanding)

Timbalan pengerusi tetap

Datuk Sharifah Aminahbi Syed Mohd (306 undi)

Ketua

Datuk Seri Shahrizat Abdil Jalil (507 undi)

Naib ketua

Datuk Kamilia Ibrahim (tanpa bertanding)

Ahli jawatankuasa

1. Hasnah Salam (520 undi)

2. Datuk Maznah Abdul Hamid (509 undi)

3. Datuk Rosni Zahari (480 undi)

4. Datuk Armani Mahiruddin (463 undi)

5. Datin Paduka Norhayati Onn (463 undi)

6. Datuk Norhayati Omar (432 undi)

7. Datuk Rusnah Kassim (430 undi)

8. Marlia Abd Latiff (416 undi)

9. Noriah Mahat (412 undi)

10. Ros Suryati Alang (405 undi)

11. Jamelah A Bakar (400 undi)

12. Suraya Yaacob (388 undi)

13. Azihani Ali (385 undi)

14. Norliza Abdul Rahim (377 undi)

15. Sharifah Azizah Syed Zain (375 undi)

16. Datuk Maznah Mazlan (374 undi)

17. Datuk Azizah Mohd Dun (371 undi)

18. Datin Paduka Seripah Noli Syed Hussin (367 undi)

19. Norliza Hj Ahmad (347 undi)

20. Wan Hazani Wan Mohd Nor (344 undi)


PEMUDA

Pengerusi tetap

Datuk Abdul Fattah Abdullah (460 undi)

Timbalan pengerusi tetap

Muhammad Yadzan Mohammad (202 undi)

Ketua

Khairy Jamaluddin Abu Bakar (304 undi)

Naib ketuaDatuk Razali Ibrahim (417 undi)

Ahli jawatankuasa

1. Mohamed Suffian Awang (653 undi)

2. Shafiqurrahman Haji Shamsuddin (569 undi)

3. Sohaimi Shahadan (541 undi)

4. Mohd Gasing Saling (534 undi) **

5. Mohd Afandi Yusoff (503 undi)

6. Jamawi Jaafar (471 undi)

7. Wan Amizan Wan Abdul Razak (471 undi)

8. Tengku Azman Tengku Zainol Abidin (455 undi)

9. Ahmad Darus (446 undi)

10. Ahmad Zaki Zahid (446 undi)

11. Ali Mazat Salleh (437 undi)

12. Megat Zulkarnain (436 undi)

13. Zuber Zabidi (419 undi)

14. Nazir Hussin Akhtar Hussin (419 undi)

15. Lokman Noor Adam (406 undi)

16. Syahrin Md Jamaluddin (404 undi)

17. Tun Faisal Ismail Aziz (402 undi)

18. Muhammad Khairun Aseh (389 undi)

19. Mohd Hisamudin Yahaya (388 undi)

20. Mohamad Iruan Zulkefli (387 undi)

PUTERI

Pengerusi tetap

Azlieza Azizan (445 undi)

Timbalan pengerusi tetap

Hasspalela Mohammed Hassan (499 undi)

Ketua

Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (245 undi)

Naib ketuaShahanim Mohamad Yusoff (353 undi)

Ahli jawatankuasa

1. Mas Ermieyati Samsudin (604 undi)

2. Hasrunizah Hassan (514 undi)

3. Azlinda Zubir (510 undi)

4. Zahida Zarik Khan (501 undi)

5. Asmaiza Aahmad (498 undi)

6. Norhasmizah Mat Tahir (482 undi)

7. Fahariyah Md Nordin (474 undi)

8. Wan Salwati Abdullah (465 undi)

9. Dg Maimunah Sidek (453 undi)

10. Isfarina Mohd Ali (444 undi)

11. Wan Zawiyah Wan Halim (433 undi)

12. Norsabrina Mohd Noor (426 undi)

13. Nor Azita Abdul Rahman (414 undi)

14. Fatimah @ Nik Fatimah Nik Salleh (400 undi)

15. Seriwani Sabtu (395 undi)

16. Jamilah Hanim Othman (388 undi)

17. Idamoerni Zakaria (384 undi)

18. Anita Murad (379 undi)

19. Zauyah Zainuddin (377 undi)

20. Rina Mohd Harun (375 undi)

Selasa, 24 Mac 2009

DULU CAKAP LAIN, SEKARANG CAKAP LAIN


Dulu kata lain, sekarang kata lain, begitulah ulamak politik pas, boleh mengubahkan apa yang diharamkan pada suatu dulu, dihalalkan pula kemudian hari. Contohnya dalam kes calun PAS Bukit Gantang. Dulu beliau tidak merestui DS Nizar menjadi calun, apabila Hj. Hadi mengumumkan DS Nizar menjadi Calun beliau memberi restu kepada Nizar. Inikah wajah ulamak PAS yang boleh menukar apa yang telah dituturkan dalu.


Ini soal hal-hal dunia. Saya amat takut, kalaulah Mursidul Am pas ini satu hari nanti akan mengatakan bahawa BABI itu halal dan boleh dimakan oleh umat Islam. sekiranya perkara ini berlaku, maka terjadilah huru-hara di Malaysia ini.



Alam - Berilah sokongan kepada kepada calun BN di tiga pilihanraya yang akan diadakan, demi untuk menolak pemimpin yang boleh berubah pendirian demi kepentingan politik peribadi.


KASIAN NIK AZIZ

DS Nizar calon PAS Bukit Gantang, teka teki mengenai calun pas sudah terjawab, tertunailah hajat DS nizar semasa kematian Wakil Rakyat Bukit Gantang, Allahyarham Roslan. Mursidul Am Pas tidak bersetuju dengan permohonan YB Nizar mahu menjadi calun Bukit gantang.. di sini kita sudah nampak bahawa akap mursidul am pas tidak di pakai oleh Presiden Pas. Mungkin mursidul itu mahu menjadikan parti pas sebuah parti yang autokratik, semua pendapatnya kena pakai, kena dengar. Pendapat/pandangannya sudah tidak didengar lagi oleh orang-orang pas sendiri. Nampak di sini bahawa Persiden Pas tidak mengendahkan pandangan mursidul amnya. Siapa yang berkuasa dalam pas sekarang hadi atau nik aziz, jawapannya ialah hadi.

Megenai calun bukit gantang, pas ingin menunjukkan kepada rakyat, sekiranya nizar menang, bahawa tindakan perlantikan MB oleh Sultan tidak diterima oleh Rakyat. Sekiranya BN menang suara-suara sama akan kedengaran seperti menggunakan jentera kerajaan, melakukan penipuan dan lain-lain lagi alasan.

Rakyat perak sepanjang tahun lalu telah dihidangkan berbagai drama, rakyat perak tidak dapat menumpukan terhadp pekerjaan dengan berkesan disebabkan kerajaan yang tidak stabil dan pemerentahan yang dilakukan oleh nizar dengan mendapat telunjuk dari cina yang ingin merosakkan bangsa melayu seperti Ngeh.

Rakyat bukit gantang, bersama-samalah menolak nizar kerana nizar adalah bangsa melayu yang telah menderhaka kepada sultan.

Ahad, 22 Mac 2009

KUASA WARTAWAN MEMENINGKAN POLITIK PEMBANGKANG

Pada masa kini, beberapa orang seleberiti Parti Keadilan Rakyat telah meletak jawatan, selepas peristiwa pilu yang menimpa 2 orang wakil PKR di perak, PKR amat berhati-hati mengawal anggotanya agar tidak meletakkan jawatan sebarangan. Anggotanya yang terlibat untuk meletakkan jawatan telah disembunyikan ataupun menghilangkan diri entah ke mana? Timbul satu persoalan di sini, mengapakah kenyataan perletakkan jawatan tidak dilakukan sendiri oleh tuan empunya tubuh yang meletak jawatan. adakah tuan empunya tubuh takut kepada soalan-soalan wartawan yang akan diajukan.?
Selepas peristiwa Perak, peristiwa Bikit Selambau, di mana V Arumugam sekarang, mengapa hanya Anuar sahaja yang memberitahu kepada rakyat mengenai nasib wakil rakyat ini. Adakah wakil rakyat yang bertanding ini menggunakan duit hasil daripada Anuar Ibrahim dan mesti patuh segala apa yang anuar kata. Dari mana anuar dapat duit untuk menaja ramai wakil rakyat PKR. mungkinkah ada agen-agen CIA yang terlibat dalam membekalkan wang kepada Anuar.

Selepas itu, Isu beralih kepada bukit lanjan, fasal foto YB Eli, Polis sedang cari Hilmi, adakah Anuar juga yang telah menyembunyikan Hilmi. Dalam kes ini, YB Eli sempat juga bertemu wartawan tetapi tidak dibenarkan bersoal jawab, takut wartawan bertanya benda yang bukan-bukan. (PKR sekarang ini cukup takut kepada wartawan yang melaporkan kebenaran)
Kes yang terbaru, sama Kes TKM Pulau Pinang, telah menghilangkan diri dari wartawan, Saya rasa nasib TKM Pulau Pinang ini sama dengan nasib Aru. Tunggu kes bagi senyap dulu baru keluar. Licik sungguh mainan anuar ini. Orang macam ini patut tinggal dalam ISA seumur hidup.

Kita tunggu dan lihat akan kekuasaan Allah. Setiap pembuatan mesti ada balasan.

Alasan yang diberi oleh Anuar, bahawa perletakkan jawatan itu disebabkan fairus akan melanjutkan pelajaran. Berbohong kepada budak tadika bolehlah!!

Bagi orang yang berakal waras, tidaklah payah menyatakan alasan sedemikian, nyatakan alasan lain yang boleh diterima.
Menjadi wakil rakyat, menjadi Timbalan Ketua Menteri, adalah satu amanah yang tinggi diberikan oleh Rakyat tangguhkan dulu hasrat melanjutkan pelajaran lepas empat tahun lagi jangan bertanding, menuntutlah ilmu sepuas-puasnya....

Apa yang penting, rakyat hanya ingin melihat segala kebenaran yang dilakukan oleh pemimpin.

Sabtu, 21 Mac 2009

ITULAH NASIB BADAN

Gerakan Makkal Sakthi hari ini memberi kata dua kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim agar meletakkan calon lain Pakatan Rakyat, bukannya S. Manikumar yang diumumkan, mewakili kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau.

Itulah nasib DS Anuar Ibrahim, belum menjadi PM lagi dah kena ugut oleh hindraf, apa boleh buat dah disuaratkan begitu kerana menyokong kumpulan yang haram dan berasa kemenangan yang telah dicapai olehnya baru-baru ini yang disokong oleh bangsa-bangsa yang telah diangkut.
Bangsa-bangsa yang diangkut ini, mempunyai strategi dan perancangan untuk melingkupkan bangsa melayu. DS Anuar ini adalah manusia melayu yang sanggup merosakkan bangsa melayu. beliau sanggup melakukan apa saja untuk memuaskan nafsu serakahnya.

Kepada orang melayu bukit selambau, saya ingin merayu kepada saudara-saudari, tuan/puan, adik kakak, tok/tokwan pilihlah calun melayu dalam Pilihanraya Kecil Bukit selambau sekiranya tiada calun melayu berilah undi anda kepada calun BN kerana BN dapat mengawal prti komponennya bukan acam Pakatan Rakyat yang hanya menuduh tanpa asas yang kukuh dan membuat pembohongan semata-mata dan tidak mampu memberi perkhidmatan kepada rakyat, hanya memilih kroni dalam pengagihan kekayaan. (contohnya seperti di Pulau Pinang).

Selain itu, Konsep Kedah Sejahtera yang dilaungkan oleh PAS dari tarikh pilihanraya tahun lepas hanyalah tercatat di perkataan sahaja, rakyat kedh dok macam tu sahaja, tiada apa yang kerajaan kedah buat dan hanya pandai merasmikan projek-projek yang kerajaan BN laksanakan sahaja.

Alam - selagi orang melayu tunduk kepada bangsa yang diangkut, selagi itulah pemimpin itu serang melayu yang bodoh dan tolol.

Khamis, 19 Mac 2009

KERAJAAN KEDAH SEJAHTERA

Musim cuti sekolah ni, banyaklah kenduri yang saya kena hadir, banyaklah kenduri yang saya hadir di Bandar Jitra, selepas makan kenduri di Jitra, isteri mengajak membeli barang-barang keperluan di PJ II. Terlihat di satu penjuru kedai tertulis perkataan ' KUPON PARKING ADA DIJUAL DISINI'.

Barulah saya sedar bahawa, di Pekan Jitra ini pun telah dikenakan perkhidmatan untuk meletak kenderaan. Tahniah dan Syabas kepada Majlis Daerah Kubang Pasu kerana telah berjaya untuk mengumpul wang dari hasil pelawat yang datang untuk mengunjungi Pekan Jitra.
Semasa kepen pilihanraya dulu banyak perkataan yang telah diutarakan oleh PAS, pilih BN barang Naik, Pilih PAS barang Turun. Di sini dan pada masa ini kita lihat hanya Kerajaan kedah telah berjaya mengurangkan cukai tanah sahaja. Semasa kempen pilihanraya dulu pun PAS telah berjanji untuk mensejahterakan rakyat kedah, tetapi Pekan Jitra yang ditadbir oleh BN tidak pernah membebankan rakyat yang datang ke Pekan ini. Nampak sungguh kerajaan yang berjanji untuk mensejahterakan rakyat ini telah berbohong rakyat kerana sanggup mengambil wang dari rakyat yang datang ke Pekan Jitra.

Perkara ini jelas sekali menunjukkan bahawa kerajaan tempatan PAS telah kemaruk dan tidak sanggup untuk membela rakyat. Sepatutnya dalam kegawatan ekonomi sekarang kerajaan tempatan tidak patut mengenakan sebarang bayaran untuk meringankan beban rakyat tetapi kerajaan PAS sanggup untuk mengambil wang rakyat untuk memenuhi impian mereka.

Alam - Mengharap Rakyat Kedah lebih sejahtera rupa-rupanya Kerajaan Kedah PAS kedah yang lebih sejahtera.

Rabu, 18 Mac 2009

PENASIHAT BARU YANG DIPERTUAN AGUNG


Menurut catatan dari blog siasah Daily, seorang penasihat baru kepada Yang Dipertuan Agong telah menasihat agar Baginda tidak melantik DS Najib sebagai PM, kerana ingin keluar dari suasana yang tidak jelas. Apakah suasana yang tidak jelas, saya tidak tahu, hanya zahid sahaja yang tahu. Inilah Zahid Ibrahim seorang yang telah mendapat kekayaan dari titik peluh perjuangan orang UMNO, dan menderhaka kepada pertubuhan yang telah memberikannya banyak kekayaan kepadanya.


Pada pandangan saya, Zaid Ibrahim adalah seorang melayu yang sombong dan bongkak dengan kepandaian dan kekayaan yang beliau miliki. Beliau seorang melayu yang lupa akan nasib bangsanya yang semakin hari semakin terhakis kuasa. Manusia melayu seperti ini, sepatutnya tidak wujud di dunia ini.
Pada waktu ini, beliau suka untuk menimbulkan suasana agar orang melayu berada dalam keadaan dilema, kerana segala usaha untuk menonjolkan dirinya tidak siapa pun yang mahu. Mengenai nasihatnya supaya DS Najib tidak dilantik menjadi PM. Ini adalah satu perkara yang tidak lojik di akal kerana parti UMNO adalah menjadi mejoriti dalam parlimen. Bukan beliau tidak faham tetapi sengaja untuk merosakkan negara Malaysia.
Ikutlah tradisi, kalau masuk kandang kerbau, jadilah kerbau.... jangan jadi lembu, biarlah MB selangor sahaja jadi lembu.
Alam- Zaid perlu bermuhasabah diri, kekayaannya adalah dari hasil dari dasar penswastaan kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO. Tak payahlah menjadi penasihat kepada Yang Dipertuan Agong. Perdana Menteri adalah Penasihat Kepada Yang Dipertuan Agong. Saya ingin cadangkan Zaid jadilah penasihat kepada Pakatan rakyat atau DS Anuar yang kakinya sebelah memijak penjara.

Selasa, 17 Mac 2009

TAHNIAH KEPADA LEMBAGA DISIPLIN UMNO


Sekalong tahniah kepada Pengerusi dan Ahli Lembaga Disiplin UMNO kerana tidak memilih bulu samada ikan bilis atau ikan paus dalam menghapuskan gejala rasuah dalam UMNO. Walau bagaimana pun saya berharap mereka yang dikenakan tindakan akan terus membantu UMNO menghadapi perosak bangsa melayu dan insaf segala kesilapan yang telah dilakukan.


Berikut adalah 13 lagi ahli-ahli Umno yang didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin UMNO.
Ahli-ahli yang digantung keahlian selama tiga tahun:
- Rosli Hasan (AJK bahagian Bukit Katil)
- Zalina Ismail (Naib Ketua Puteri bahagian Bukit Katil)
- Mohamad Najuib Mohamad Shahaimi (Ketua Pemuda bahagian Maran)
- Datuk Japlin Akim (Ketua Pemuda negeri Sabah)
- Salmah Pin (Ketua Wanita bahagian Bandar Tun Razak)
Ahli-ahli yang digantung keahlian selama setahun:
- Datuk Mokhtar Samad (Ketua bahagian Bandar Tun Razak)
- Datuk Manan Ismail (ahli bahagian Paya Besar)
- Amran Mat (Timbalan Ketua Pemuda bahagian Kuala Krai)
- Mohd Zuki Mohd Zain (Ketua Cawangan Gua Musang)
- Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah (Timbalan Ketua bahagian Paya Besar)
Ahli-ahli yang diberi amaran:
- Mohd Zali Besar (AJK bahagian Paya Besar)
- Mohd Shohaimi Jusoh (Naib Ketua bahagian Paya Besar)
- Khairy Jamaluddin (Naib Ketua Pemuda dan Ketua Pemuda Rembau)

Isnin, 16 Mac 2009

ISTIHAR HARTA ATAU ISTIHAR GAJI

Pada jumaat lalu, seperti mana yang telah dijanjikan laman web kerajaan selangor telah memaparkan pendapatan bulanan gaji exco nya. Pada pandangan saya, pemaparan yang telah dilakukan oleh laman web ini bukanlah penistiharan harta seperti mana yang telah dititahkan oleh Tuanku Sultan Selangor. Pada malam ini cuma telah diistiharkan jumlah gaji dan elaun anggota kerajaan negeri selangor.

Penistiharan gaji dan elaun exco dan mb ini, jelas sekali tidak menepati apa yang telah dititahkan oleh Tuanku Sultan sendiri. Gaji MB dan exco ini semua orang dah tahu, tak payah papar pun orang tahu, istiharkan harta sebelum jadi anggota kerajaan, orang nak lihat seperti mana yang dikehendaki/titah tuanku sultan. bukan mengistihar gaji.

Alam - Rakyat telah ditipu oleh MB dan EXCO selangor. MB dan EXCO tidak Istihar harta cuma mengistihar gaji dan elaun sahaja.

Khamis, 12 Mac 2009

POLITIK TERSEPIT


Sidang DUN Selangor, hari ini telah mengungkit tentang perbelanjaan Bekas MB Selangor dan salah guna kenderaan kenderaan rasmi oleh isteri beliau.
Kisah pendedahan ini, bertujuan untuk memalukan Dr. Khir dan juga untuk membalas demdam dengan tindakan Dr. Khir yang telah mendedahkan tentang salah guna Tan Sri Khalid yang sedang disiasat oleh SPRM. Pendedahan ini juga bertujuan untuk menutup kes-kes penyalah gunaan kuasa yang telah dilakukan oleh Tan Sri Khalid.
Pada pandangan penyokong Pakatan Rakyat mereka telah berpuas hati dengan pendedahan dan berkata padam muka Dr. Khir. manakala penyokong UMNO pendedahan ini dianggap perkara biasa dan merasakan serah kepada SPRM dan agensi berkaitan untuk mengambil tindakan. Penyokong UMNO tidak merasa apa-apa tentang pendedahan ini.
Selain daripada itu penubuhan jawatankuasa SELECT (ditubuhkan oleh DUN Selangor) yang diakui tidak mempunyai keadilan untuk membicarakan sesuatu kes kerana keanggotaannya terdiri dari orang yang bertujuan untuk membalas dendam dengan Dr. Khir.

Dalam kes ini, saya berpendapat Tan Sri Khalid dalam keadaan tersepi dan ingin mengajak Dato'Seri Dr. Khir Toyo terjebak sama dalam isu rasuah.

Alam - adakah kedua-dua tokoh ini akan dijatuhkan hukuman kerana rasuah, sekiranya keadaan ini berlaku, sejarah negeri selangor akan berulang dan tercatat 3 orang MB telah bersalah rasuah di negeri maju.

Ahad, 8 Mac 2009

PPSMI AGENDA POLITIK

Sudah seminggu saya tidak membuka internet dan menulis membaca blog disebabkan kesibukan tugas yang perlu dilaksanakan dengan segera. Bila membuka blog pada minggu ini, banyak memperkatakan tentang PPMSI. Perarakan 100K ke istana negara adalah satu perarakan membuang masa dan merugikan duit rakyat dimana kerajaan telah membelanjakan banyak duit untuk menempatkan anggota keselamatan untuk mengawal samseng-samseng dari parti pembangkang.

Isu ini patut diselesaikan secara ilmiah, isu ini tidak sepatutnya diselesaikan dengan kaedah jalanan. Isu ini sepatutnya diperbincangkan dalam majlis PIBG kerana kedua dua golongan ini yang terlibat dalam isu ini. Ibu bapa yang membekalkan anak-anak ke sekolah manakala guru-guru pula sebagai orang yang melaksanakan PPMSI ini.

Janganlah menangguk di air keruh, kerana PPMSI ini banyak membawa kebaikan dari keburukan.

Marilah kita menggunakan wadah perjuangan yang betul untuk memperjuangkan isu PPMSI ini. Parti politik hanya akan menggunakan kesempatan sahaja sekiranya akan menggungtungkan mereka. Parti politik hanya memikirkan keuntungan sahaja dalam memperjuangkan sebarang isu. Walaupun benda yang dianggap tidak baik sekiranya menyebelahi kepentingan mereka akan dikatakan betul dan akan menyalahi orang lain. Contohnya isu Elizebert wong yang telah mengaku fotonya yang dalam keadaan tidak senonoh, telah menyalahkan orang lain dalam hal ini. Parti politik seperti ini akan merosakkan negara yang kita cintai ini.

Kembali kepada isu ini, saya igin mencadangkan agar Persatuan Ibu Bapa dan Guru seluruh negara berbahas dengan nada ilmiah dan dengan baik dan bermuhasabah diri tentang kelemahan anak-anak bangsa kita. perlukah kita melaksanakan program ini.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang telah mengadakan mesyuarat agung boleh memanggil Mesyuarat Agung PIBG tergempar/khas untuk membincangkan isu ini. Biarlah mesyuarat PIBG yang dijalakankan tidak dipengaruhi oleh mana-mana parti politik yang akan merosakkan bangsa dan negara.

ALAM - tiada anak yang terlibat dalam PPMSI sama juga dengan Hasan Ahmad dan Samad Said.

Ahad, 1 Mac 2009

ANGGOTA KERAJAAN DAN ANGGOTA POLITIK

Apabila dilantik menjadi pegawai kerajaan, setiap anggota kerajaan akan menjalani pemereksaan kesihatan dan akan ke Pesuruhjaya sumpah untuk melafazkan sumpah taat setia kepada raja dan negara. Selepas itu barulah boleh melapor diri sebagai anggota kerajaan.

Apabila memenangi pilihanraya, Anggota politik akan mengangkat sumpah dihadapan speaker dengan menyatakan akan taat setia kepada raja dan negara.

Kedua-dua anggota ini mengangkat sumpah dengan tujuan yang sama dengan menyatakan akan taat setia kepada raja dan negara.

Bagi Anggota kerajaan, berkhidmat untuk negara adalah menjadi amalan setiap hari. Menurut perintah adalah amalan yang selalu dibuat sehinggalah sebelum tandatangan tercatat "Saya yang menurut perintah".

Anggota kerajaan, telah menganggap Raja adalah ketua, anggota kerajaan dalam urusannya dengan orang awam mengaggap beliau bertugas dengan rajanya contohnya menggunakan sampul surat yang tercatat "URUSAN SERI PADUKA BAGINDA", sehinggalah negeri-negeri yang tiada beraja pun menggunakan sampul surat yang sama.

Anggota politik, pada masa dahulu sangat taat kepada raja, tapi orang politik zaman sekarang sanggup menderhaka kepada raja dan sanggup untuk memohon menderhaka kepada raja. Ini mungkin disebabkan ketamakan/kerakusan kuasa.

Berbalik situasi ini, dalam kejadian di Perak, percanggahan pendapat Orang Politik (sivakumar) dan Anggota kerajaan (Abdullah Atong) Setiausaha Dewan. Pada pandangan rakyat biasa yang waras patutkah Abdullah Atong untuk mengikut kehendak bosnya (sivakumar) untuk mengadakan sidang DUN sedangkan Paduka Sultan Perak tidak memberi perkenan. Inilah nasib Anggota kerajaan yang mana ia patut ikut perintah orang politik atau perintah raja. Kita tunggu dan lihat 3 Mac ini apa kejadian akan berlaku.

Manakala dalam kejadian di kedah pula, mengapa susah sangat untuk diselesaikan, panggil 2 orang yang terlibat dalam surat layang itu buat kenyataan dan bersumpah. Mengapa MB penat sangat dan menuduh bermacam-macam, dalam kes ini MB jadi macam orang bodoh sahaja untuk mengendalikan kes yang sekecil ini. Mungkin benar seperti yang tercatat dalam surat layang. MB mungkin nak bersubahat sama ka dalam kes ini, dan akan menyembunyi segala kekufuran bagi melindungi EXCOnya.

Alam - Peristiwa di Perak, mungkin Sivakumar mendapat perkenan Karpal Singh untuk mengadakan sidang DUN. Peristiwa di Kedah menampakkan Ustaz Azizan dalam keadaan gelisah dan takut untuk menghadapi kenyataan yang sebenar. Anggota kerajaan di Perak dan di Kedah taatlah kepada Raja dan Negara.