Utusan Online Headline Animator

Ahad, 15 Februari 2009

AWAS!! KENYATAAN KETUA PEMUDA PAS BERPUTAR BELIT

Pas pertahankan raja-raja Melayu
ALOR SETAR 14 Feb. - Dewan Pemuda Pas Pusat menyatakan pendiriannya untuk terus menjunjung tinggi dan mempertahankan institusi Raja-raja Melayu dalam apa keadaan sekali pun.
Ketuanya, Salahuddin Ayub berkata, pendirian tersebut menangkis segala tuduhan kononnya dewan berkenaan menentang atau terlibat dalam isu menderhaka terhadap Raja-raja Melayu. - UTUSAN MELAYU

Bermacam helah telah di mainkan oleh orang yang mengaku mengikut lunas-lunas islam. Persolan di sini Nizar sendiri yang memohon kepada Paduka Seri Sultan Perak untuk menderhaka. Siapakah Nizar, parti apakah yang nizar sertai? Adakah nizar memohon untuk mendehaka atas sifat peribadinya?

Mengapa prinsip keluhuran perlembagaan sahaja yang dipegang, sedangkan prinsip ini berada di tangga ketiga. Mengapa prinsip yang berada di tangga kedua tidak di pegang iaitu "KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA". Berhubung perkara ini Nizar telah tidak setia dan melanggar RUKUNEGARA yang kedua, jesteru itu beliau tidak layak untuk menjadi seorang warganegara MALAYSIA. Ini jelas, mengapa Ketua Pemuda Pas berdolak dalih dalam hal ini.

Apakah peranan Ketua Pemuda Pas, semua yang dilakukan oleh Pakatan Pembangkang yang menderhaka adalah bersifat Peribadi, Tak bolehkah Ketua Pemuda Pas itu menasihat Nizar supaya jangan menderhaka kepada Sultan.

Putar belit Pemuda Pas ini hanya dongengan sahaja, Pemuda Pas hanya menegakkan benang yang basah, hakikatnya semua rakyat malaysia sudah tahu bahawa nizar telah menderhaka kepada Sultan.

Pemuda Pas patut menasihat Nizar supaya jangan menderhaka, jangan biar nizar mengikut telunjuk Ngeh (DAP).

Bagi saya, orang-orang melayu yang mengikut telunjuk DAP akan rosaklah iman dan aqidahnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan