Utusan Online Headline Animator

Rabu, 18 Februari 2009

MUDAHNYA DAPAT TANAH DI PADANG TERAP

Hari ini, sekali lagi pergi ke Pekan Kuala Nerang, jumpa teman-teman lama dan berborak di sebuah rumah yang dijadikan kedai. Hebat sungguh kedai itu sebab ada Wifi. Orang Kuala Nerang pun la ni dan pandai berlepak di kedai yang ada Wifi.

Ada satu cerita baru yang berlaku di kawasan hulu Kuala Nerang, siapa berani pi lah ambil tanah. Kerajaan negeri dah tak kisah. Tanah tu dah tak tanam tebu jadi bolehlah ambil. Tanah untuk diberi kepada rakyat. supaya rakyat negeri kedah akan hidup aman sejahtera. Demikianlah cerita seorang kawan kepada kami.

Sebenarnya cerita tanah ini terjadi semasa saya bertugas disana lagi, ada yang jadi mangsa oleh orang-orang yang tergamak memakan duit kawan. Ada yang jual tanah orang dan bermacam-macam lagi cerita.

Tetapi cerita ini adalah lain sedikit. Jawatankuasa Keselamatan kampung kerajaan negeri (orang kampung kata JKK Pas). Selepas kemenangan dalam pilihanraya lalu, tanah yang di tanam tebu telah dibahagikan (dibuat lot) kepada golongan yang mereka sukai. Tanah ini adalah milik Gula Padang terap. Pihak Gula padang terap (unit keselamatannya) tidak mampu untuk menyekat aktiviti ini dan tidak berani kerana telah diancam.

Saya pun meminta satu lot, kut kut ada.

kawan saya kata, mampuih hang tak dapat kerana hang sokong UMNO.

Saya tanya lagi, Tanah tu di Mana?

Beliau menajawab, Dari Kah Ing hingga ke Kota Putra?

Begitu rakusnya peminpin-peminpin pas yang sanggup merampas tanah yang telah diusahakan oleh Gula Padang Terap dan diberikan kepada penyokong mereka. apa boleh buat dah nasib BN kalah di kedah.

Saya tanya lagi, Siapa yang mengepalai usaha ini?

Beliau beritahu. Ustaz Mail seorang Guru Agama, mengajar di Sekolah Menengah Kuala Nerang dan mempunyai sebuah kedai di Kuala Nerang. Kalau sapa yang nak tanah Free pi la jumpa dia.

Mudah sungguh rakyat negeri kedah la ni untuk mendapat tanah, tak payah untuk ke pejabat tanah hanya pi jumpa Ustaz Mail.

Hebat sungguh Ustaz ini, saya ingat sekali lagi Pas menang di Kedah segala hutan di Empangan Ahning dan Pedu akan habis di bedak-bedak kepada sesiapa yang menjadi ahli Pas.

Alam - ikutlah peraturan dan selamatkanlah alam dan hidupan yang menumpang buat sementara di alam ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan