Utusan Online Headline Animator

Selasa, 24 Februari 2009

KUASA RAKYAT, KUASA MENTERI BESAR, KUASA SPEAKER DAN KUASA RAJA

Apabila Parlimen atupun Dewan Undangan Negeri Dibubarkan, semua segala kuasa-kuasa yang ada dikembalikan kepada rakyat. Rakyat akan membuat pemilihan wakil dalam Pilihanraya. Individu yang bertanding dan menang disesuatu kawasan akan menjadi wakil rakyat kawasan berkenaan sehinggalah dewan dibubarkan atau meletak jawatan atau pun meninggal dunia. Pada masa ini rakyatlah berkuasa dengan menggunakan pensil dan memangkah wakil mereka di atas kertas yang diberikan.
Setelah pengumuman diumumkan, individu yang berjaya mendapat mejoriti akan menjadi wakil rakyat kawasan tersebut. Individu yang berjaya ini akan bersatu dengan individu dikawasan lain untuk mendapatkan mejoriti untuk menubuhkan kerajaan. Setelah mendapat mejoriti barulah dipersembahkan kepada raja memohon perkenan untuk perlantikan Menteri Besar.
Selepas itu, Maka Menteri Besar pun berkuasa untuk melantik barisan EXCO. Sebelum dilantik menjadi EXCO, Menteri Besar akan mempersembahkan kepada raja untuk diperkenankan. Barulah majlis angkat sumpah dilaksanakan di hadapan raja yang berkuasa.
Selepas itu, maka persidangan Dewan Undangan Negeri pun di jalankan, di dalam Dewan yang mulia inilah dilantik seorang Speaker yang bertujuan untuk mengendalikan segala mesyuarat Dewan undangan. Setelah mendapat mejoriti, Speaker pun mengangkat sumpah. Maka bermulalah tugas seorang speaker yang bertanggung jawab mengendalikan mesyuarat Dewan Undangan Negeri dan menjadi pentadbir Dewan Undangan Negeri.

Merujuk kes yang berlaku di negeri perak, dengan kuasa yang ada pada speaker telah mengangtung Menteri Besar dan Barisan EXCO dari menghadiri mesyuarat Dewan. Pada pandangan saya, tindakan ini merupakan tindakan bermotif politik dengan menggangtung wakil BN selepas itu buat undian tidak percaya, bertujuan untuk memenangkan pakatan rakyat. Tindakan ini merupakan tindakan yang tidak jujur seorang speaker yang telah menafikan kuasa rakyat yang telah memilh wakilnya.

Menurut Bernama, Nga yang juga Adun Pantai Remis dan Ketua Pemuda DAP berkata pakatan pembangkang akan mengadakan satu sidang DUN tergempar bagi meluluskan usul bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) yang kini menguasai negeri itu tidak sah dan tidak mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak."Apa yang diputuskan oleh Speaker (Sivakumar) adalah sah dan Pakatan Rakyat mengikut 100 peratus Undang-Undang Tubuh Negeri Perak," kata Nga pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini.

Kalaulah perkara ini dipakai, maka disini senanglah parti yang memerentah untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan baik untuknya. Apakan tidak, Parti yang memerentah hanya perlu membuat aduan kepada speaker, lalu speaker menjatuhkan hukuman yang tidak wajar seperi yang di kenakan kepada Dr. Zamry dan barisan EXCOnya.

Dari sini, orang yang bodah berpolitik pun tahu bahawa tindakan speaker perak ini, tidak berniat baik dan beliau seorang yang jahat.

Marilah kita lihat, apakah kesudahan yang akan berlaku dengan peristiwa ini. Adakah KUASA MAHKAMAH pula yang akan melantik Nizar sebagai MB.

Cuba bayangkan, selepas dua tahun, selepas EXCO akan mengangkat sumpah kembali, Calun-calun nizar ini tidak diberkenankan oleh Sultan Perak. Apa akan terjadi kepada kerajaan Perak.

Marilah kita lihat, adengan seterusnya,

Saya percaya, Apa yang diberikanoleh Allah memang ada kebaikan dan kelebihannya sendiri...
Kita ini hanya sementara sahaja...

Bersatulah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan