Utusan Online Headline Animator

Ahad, 22 Februari 2009

GURU KAFA AKAN DAPAT HABUAN LAGI

Malam ini, Buliten Utama (TV3) telah memaklumkan bahawa YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri telah mencadangkan agar guru-guru Kelas Pengajian AlQuran dan Fardzu Ain akan diberi kenaikan elaun agar melepasi tahap kemiskinan. Tahniah dan Syabas YB Dato' Ahmad Zahid. Beliau merupakan seorang menteri yang perihatin terhadap permasalahan rakyat di bawah.

Sewaktu saya menjadi Yang Dipertua PIBG dahulu, saya juga pernah mencadangkan agar susunan pentadbiran KAFA diperkukuhkan dan diperkembangkan sehingga ditubuhkan satu jabatan yang khusus untuk KAFA sahaja. Pada masa sekarang, pentadbiran kelas KAFA ini diletakkan bersama-sama Jabatan/Majlis Agama Islam negeri, diperingkat daerahnya di tadbir oleh Pegawai Agama Daerah atau Kadi. Memandang kelas KAFA yang bertaburan disetiap sekolah disetiap negeri pemantauan terhadap guru-guru ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik.

Saya pernah menulis surat kepada YB Menteri, (Dato' Ahmad Zahid) mengenai perkara ini, dalam surat jawapan yang telah dikirimkan oleh Ketua Pengarah JAKIM kepada saya, beliau telah menyatakan bahawa perkara ini dibawah bidang kuasa kerajaan negeri, kerana hal elwal agama terletak dibawah bidang kuasa negeri. Saya juga telah menghantar surat kepada YAB Dato' Seri Ustaz Azizan bin Razak, mengenai perkara yang sama, tapi sayang seribu kali sayang surat yang saya hantar itu tidak berjawab sehinggalah sekarang.

Langkah pemantapan kelas KAFA ini adalah sangat baik, kerana ia akan memberi pulangan yang baik terhadap insan yang kita ada pada hari ini.

Memandangkan kelas KAFA ini dijalankan selepas waktu persekolahan, saya juga berpendapat apabila elaun guru KAFA dinaikkan, beban tugas mereka tidak ditambah. Bagi guru KAFA beban tugas mereka kalau ditambah, mereka ini tidak kisah, tetapi sekiranya dengan kenaikan elaun ini masa pengajaran Kelas KAFA akan ditambah, maka beban yang akan ditanggung ialah anak-anak yang mengikuti pelajaran kelas KAFA ini.

Pada masa ini, anak-anak yang mengikuti kelas KAFA terpaksa pulang jam 5:30 petang, ada yang terpaksa pulang jam 6:30 petang (setelah menunggu bas), masa mereka untuk bermain(beriadah) tidak ada langsung. Pakar-pakar psikologi/kaunseling patut beri pandangan tentang perkara ini. Anak-anak yang pulang tentu letih dan tidak dapat membuat ulangkaji pelajaran mereka.

Selain daripada itu , saya juga mencadangkan agar, Pihak Kerajaan (tidak kirakerajaan Pusat atau negeri) janganlah berkira sangat, berilah buku teks percuma kepada anak-anak yang belajar kelas KAFA. Buatlah macam Skim Pinjaman Buku Teks seperti mana yang dibuat oleh kementerian Pelajaran. Sekiranya kerajaan menberi pinjamanan buku, maka bebanan perbelanjaan ibu-bapa akan berkurangan. Inilah yang dikatakan kerajaan menolong rakyat.

Di ruangan ini, saya ingin menyeru/merayu kepada semua pembaca, marilah kita sama-sama meminta kerajaan memberi pinjaman buku teks untuk kelas kafa untuk meringankan bebanan ibu bapa yang berpendapatan rendah. Marilah kita berjuang bersama-sama sehingga kerajaan dapat memberi pinjaman buku ini.

Sama-samalah kita berdoa, agar kerajaan dapat memantapkan pentadbiran kelas kafa kerana 100% yang belajar Kelas KAFA ini ialah anak-anak melayu berugama Islam.

Alam - Jangan berpolitik dalam hal-hal keagamaan, sekiranya berpolitik yang ruginya adalah orang islam sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan