Utusan Online Headline Animator

Sabtu, 21 Februari 2009

KERETA PUNYA PASAL, MB KENA NAIK MAHKAMAH JUGA.

Hari ini, menurut Malaysiakini MB Selangor akan didakwa berhubung dengan isu kereta dan lembu korban. Sebagai seorang bekas kakitangan kerajaan, saya rasa ingin memberi sedikit komen atau ingin berkongsi maklumat mengenai isu kereta rasmi.

Persoalan-persolan yang perlu dirongkai ialah:-
Mengapa Menteri Besar Selangor tidak menggunakan kereta camry yang baru dibeli oleh kerajaan negeri untuk tujuan rasmi, mengapa perlu mengistihar kereta lain sebagai kereta rasmi. Kalaulah boleh seseorang penjawat awam mengistiharkan kereta yang mereka menggunakan sebagai kereta rasmi, maka kerajaan perlu menambahkan perbelanjaan untuk tujuan penyelenggaraan kenderaan. Semua penjawat awam akan bergembira kerana kereta yang dibeli sendiri di baiki oleh kerajaan. Seingat saya kerajaan hanya membayar bayaran hitungan kilometer sahaja sekiranya penjawat awam itu menggunakan kenderaan sendiri.

Dalam kes ini, pihak yang bertanggung jawab seperti JPA, Perbendaharaan Malaysia perlu dengan segera menjelaskan kepada kakitangan awam mengenai kes mengistiharkan kenderaan rasmi.

Persoalan seterusnya, mengapa menggunakan kenderaan sendiri kerana MB telah dibekalkan kenderaan rasmi.

Bagi saya MB boleh menggunakan kereta sendiri untuk tujuan rasmi demi untuk menjimatkan wang kerajaan. Tetapi yang silapnya mengapakah kos penyelenggaraan kenderaan ini dibayar oleh kerajaan negeri. Inilah yang silapnya YAB Menteri Besar Selangor.

Alam - jawablah YAB Tan Sri Khalid di mahkamah dunia dahulu, kalau lawyer pandai putar belit boleh menang. Lepas ni jawablah Khalid di Padang Mahsyar pula tanpa lawyer yang pandai berputar belit. Jaganlah menuduh BN apa yang Tan Sri lakukan. Ini adalah kesilapan Sri sendiri. Kesalahan ini kecil sahaja tetapi impaknya besar kerana melibatkan wang rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan