Menteri Besar Perak yang tidak diterima oleh Sultan Perak, hari ini telah menyerahkan kediaman rasminya kepada wakil Setiausaha Kerajaan Negeri iaitu En. Shamsulzaman bin Hj, Sulaiman. Tetapi malangnya janjinya tidak ditepati kerana Nizar pernah berjanji sebelum ini akan menyerahkan kenderaan rasmi kerana menghormati Setiausaha Kerajaan Negeri. Inilah satu lagi pebohongan nizar yang berjanji tidak dapat ditunaikan. apatah lagi janji pilihanraya yang ditaburkan dulu sudah pasti tidak tertunai.
Keadaan ini, menunjukkan kepada rakyat bahawa nizar tidak menghormati kakitangan awam yang bertugas menjaga harta benda rakyat. nizar tidak sedar dan menderhaka kepada sultan dengan tidak menyerah kenderaan tersebut. Tindakkan tegas pasti akan dibuat oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Perak untuk mengembalikan harta benda kerajaan.
Sebenarnya, En. syamsul zaman bin sulaiman ini adalah sahabat baik saya semasa zaman persekolahan. Kami memanggilnya Man Topok.Kami sama-sama belajar dan sama-sama bermain. Beliau seorag yang berani dan selalu bermain dikubur cina pada waktu malam. walau apa pun, saya ingin mengucapkan syabas kepada beliau kerana menjalankan tugas dengan baik. saya berharap beliau dapat mengambil balik kendaraan ini dengan cara berhemah.
Alam - selamat menjalankan tugas dengan baik dan beramanah wahai sahabat saya Man Topok.
Guan Eng Mungkin Ke Kabinet Lepas PRN Johor Atau N.Sembilan
-
Aku berada di beberapa tempat di Johor, kali ni aku datang bukan untuk
bertugas, tapi sebagai pelancong politik, tugas politik dah bertahun aku
tinggalka...
2 minggu yang lalu



Tiada ulasan:
Catat Ulasan