Utusan Online Headline Animator

Sabtu, 14 Februari 2009

MESYUARAT AGUNG PIBG

Minggu lalu, saya memengurusikan mesyuarat agung PIBG sekolah rendah anak saya, mesyuarat ini merupakan mesyuarat yang terakhir yang saya jadi pengurusi, kerana saya tidak akan mempertahankan jawatan Yang Di Pertua.



Di antara isi ucap utama saya ialah:-



1. Cabaran Ibubapa terhadap perkembangan pelajaran anak-anak. Anak-anak merupkan harta yang amat bernilai yang perlu dijaga dan dididik supaya menjadi manusia yang boleh memberi keuntungan kepada agama, bangsa, negara dan keluarga.



2. Peranan pendidik, Guru hendaklah mempunyai keikhlasan dalam memberi pendidikan supaya anak-anak didik menjadi seorang yang berguna.



3. Peranan Pentadbiran sekolah dan Pejabat pelajaran, supaya sentiasa menjaga hati guru-guru agar guru-guru tidak berkecil hati dalam memberi pelajaran serta membekalkan peralatan yang secukupnya dalam proses pembelajaran.



4. Satu perkara yang saya tekankan ialah usul yang telah diluluskan pada tahun lalu yang tidak mendapat sebarang respon dari pihak pentadbiran kerajaan negeri. Usul tersebut ialah mendesak supaya kerajaan negeri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama islam membekalkan buku teks kepada pelajar Kelas Agama dan Fardzu Ain (KAFA). Pebekalan buku teks ini hendaklah dilakukan seperti mana dilakukan oleh kementerian pelajaran(SPBT). Saya juga menyelar sikap kerajaan Negeri Kedah kerana tidak memberi sebarang respon terhadap usul ini. Sebelum pilihanraya Kerajaan YB Ustaz Azizan telah berjanji untuk menjadi negeri kabajikan. selepas menang pilihanraya dan menduduki kerusi MB beliau lupa untuk memberi kebajikan terhadap agama islam, bukan banyak duit untuk membeli buku-buku ini cuma dua tiga lori balak sahaja untuk seluruh negeri kedah. Saya cukup kesal, pembelajaran Kelas KAFA hanya dikendalikan oleh guru-guru yang tidak pernah diberi sebarang latihan. SElain itu guru-guru ini terpaksa mengeluarkan duit sendiri dalam penyediaan kertas pepereksaan, saya pernah mencadangkan agar pentadbiran kelas kafa hendaklah di asingkan dari Jabatan Agama Islam kerana penyeliaan kelas kafa tidak dilaksanakan dengan berkesan.



4. Berbanyak terima kasih kepada Jawatankuasa yang bersama-sama untuk membantu saya dalam memajukan PIBG.



5. Terima kasih juga kepada Pentadbiran sekolah yang selalu mendengar rintihan saya.



6. Memohon maaf untuk diri dan keluarga sekiranya terdapat sebarang kekilafan.



7. Terima kasih kepada kawan-kawan dan juga sektor koprat kerana telah banyak membantu dan membuat sumbangan.



terima kasih untuk semua...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan