Utusan Online Headline Animator

Sabtu, 14 Februari 2009

PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS

Pada ketika ini, ramai orang bercakap mengenai pembelajaran sain dan matematik dalam bahasa Inggeris. Percakapan ini di cakapkan dari kedai kopi, pentas politik hinggalah ke parlimen.
Semasa saya menjadi Jawatankuasa PIBG di sebuah sekolah Rendah dahulu (semasa PPMSI) hendak dilaksanakan saya telah mengajukan soalan untuk pentadbiran sekolah dan pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah mengenai target yang akan dicapai oleh anak-anak yang bagi membolehkan seorang kanak-kanak itu menguasi Bahasa Inggeris. Tidak ada satu jawapan pun yang dapat memuaskan hati saya dan jawatankuasa yang lain. Tiada target cuma dasar kerajaan sahaja. mesti dilaksana.

Ibu bapa melayu dan PIBG pada masa itu hanya menjadi pengikut dan pemerhati sahaja.

Selepas Lima tahun, perlaksanaan dan banyak wang kerajaan dibelanjakan, belbagai pandangan dan pendapat agar dikembalikan sains dan matematik dalam bahasa ibunda.
Pada pandangan peribadi, saya menyokong perlaksanaan ini kerana anak saya telah berjaya menguasinya.
Apabila tinjauan yang saya lakukan sendiri dan hasil dari sembang-sembang dengan guru-guru yang mengajar amat mendukacitakan kerana peratusan tidak dapat menguasai adalah teralalu ramai. Hanya segelintir sahaja anak-anak yang dapat menguasainya.
Justeru itu, di ruangan ini saya amat berbesar hati agar isu ini tidak dijadikan isu politik, dan berharap menteri pelajaran, kementerian pelajaran hendaklah menjalankan kajian menyeluruh (boleh juga menubuhkan satu suruhanjaya bebas) untuk menjalankan kajian.
Semoga apa yang telah dilaksanakan bukan merupakan satu kesilapan pada masa hadapan. Masa hadapan negara terletak pada anak-anak masa kini. Bantulah mereka, semoga negara akan bertambah maju pada masa hadapan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan