Utusan Online Headline Animator

Jumaat, 13 Februari 2009

SEKOLAH TIDAK MESRA IBU BAPA

Sekolah tidak mesra ibu bapa kerana tidak membenarkan ibu bapa masuk ke kawasan sekolah. Saya menghantar anak ke asrama sekolah petang ini. kenderaan ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah.

Soalnya adalah seperti berikut:-
1. Selepas tahun baharu cina, pihak pentadbiran sekolah tidak membenarkan kenderaan ibu bapa yang menghantar anak terpaksa meletakkan kenderaan diluar kawasan sekolah walaupun di dalam kawasan sekolah (depan dewan) mempunyai tempat letak kereta yang banyak kalau tak cukup kereta boleh diletak di hadapan pejabat Pelajaran Daerah (sebab hari tu hari cuti). Lalulintas dihadapan sekolah amat sibuk kerana laluan utama. Anak-anak yang dengan bag besar terpaksa berjalan jauh ke asrama. Pada hari itu pada pandangan saya, ada hampir dua kejadian hendak kemalagan berlaku, sekiranya pagar sekolah tidak di buka saya berharap pihak sekolah hendaklah bertanggung jawab penuh terhadap sebarang kejadian yang akan berlaku. Kalau pentadbiran sekolah benci kepada ibubapa pun benarkan ibu bapa masuk ke kawasan sekolah. Saya mungkin akan membawa pihak tv3 untuk merakam keadaan ini pada minggu anak-anak akan kembali keasrama. saya telah meng email ke pejabat pelajaran daerah tetapi hari ini saya datang untuk melawat anak saya, keadaan sama juga berlaku. SAYA TETAP BERANGGAPAN SEKOLAH INI TIDAK MESRA IBU BAPA DAN MEMBENCI IBU BAPA.

2.Pihak sekolah tidak melayan permintaan ibu bapa dalam aktiviti ko-kurikolom. anak saya telah dipaksa untuk memasuki persatuan berunifom yang beliau tidak minati, saya telah merayu untuk ditukar ke persatuan lain, tetapi pen. kanan ko-ku tidak layan. anak saya hampa dengan sikap sombong pentadbiran sekolah.

3. keadaan asrama sekolah, melatih anak-anak memberontak, ramai pelajar-pelajar telah keluar dan pelajar baru masuk, keadaan asrama amat menyeksa kadang-kadang putus bekalan air, kualiti air yang kurang baik (lihat tangki air pun berkarat).

4. sistem merit asrama dilaksanakan tidak praktikal, berat sebelah.

5.Warden-warden asrama sombong dengan ibu bapa.

Saya ingin mencadangan satu jawatankuasa bebas, hendaklah menyiasat perkara yang tercatat diatas. jawatankuasa itu hendaklah tidak terdiri dari guru dan pejabat pendidikan padang terap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan