Utusan Online Headline Animator

Isnin, 16 Februari 2009

ALAM, HUTAN DAN BALAK

Hari ini, kawan telah mengajak saya ke Daerah Padang Terap. Saya pernah bertugas di Daerah Padang Terap beberapa tahun yang lalu. Lama sudah saya tidak ke Padang Terap. Saya lihat Pembangunan Padang Terap dok macam tu juga. sama saja seperti zaman BN dahulu. tiada perubahan cuma Pejabat Daerahnya saja yang baru.

Kawan mengajak saja ke Durian Burung, Durian burung atau nama barunya Kota Putra. Wah! dah nampak pembangunan ada Komplek CIQ, Balai Polis Baru, Klinik Kesihatan dan juga perumahan kakitangan kerajaan yang akan bertugas di sana. Dengar kata orang di sini Sempadan Malaysia Thai akan di buka bulan tiga (Mac).

Sepanjang perjalanan dari Padang Sanai ke Kota Putra (Nama baru Durian Burung) pada masa sekarang tidak nampak pokok tebu seperti dahulu. Kawan memberitahu Gula Padang Terap tak tanam tebu dah. GPT nak tanam kelapa sawit dan getah. Buat masa ni GPT banyak bagi sewa tanah kepada siapa yang berminat untuk bercucuk tanam. Ramailah taukeh-tauke cina tidak melepaskan peluang untuk menyewa tanah bertanam seperti tembikai, nenas, labu, cabai dan lain-lain..

Sayang, nasib bangsa ku, seorangpun yang berbangsaku tidak sanggup melakukan penyewaan untuk bercucuk tanam pada sekala besar. Tidak satu agensi kerajaan (mahu pun kerajaan pusat atau kerajaan negeri) sanggup mendidk bangsaku agar mencebur diri dalam industri pertanian. apa boleh aku buat, hanya meluahkan perasaan..

Di sebelah kanan perjalanan ke Kota Putra, aku kelihatan banyak bukit yang telah di gondolkan untuk tujuan pembalakan. Menurut kawanku (orang tempatan disini), ini bukan kerja orang hutan (Pejabat Hutan). Ini Kerja orang pejabat tanah, banyak tanah telah diluluskan untuk orang kampung, lepas tu pembalak/tauke cina akan membelanjakan segala kos untuk pengambilan balak. Pembalak ini akan mengambil balak hingga ke luar kawasan hingga ke kawasan tadahan air (Empangan Ahning).

Saya amat sedih sekali melihat banyak tempat di sepanjang perjalanan ini hutan telah di gondolkan dan terdapat tiga pempat kongsi balak. Saya berjanji akan datang balik ingin melibat sejauh mana pembalakan ini dilakukan. adakah ia telah memasuki kawasan tadahan air. Kalau telah memasuki amat sedih sekali.

Disini saya ingin menyeru supaya pihak kerajaan Negeri (Dato' Seri Ustaz Azizan) supaya dapat menunaikan janji akan menjaga negeri ini dengan baik seperti mana janji selepas kemenangan pilihanraya lalu.

Bertindaklah dari sekarang demi menyelamatkan anak cucu, cicit kita akan datang..

Saya akan datang lagi dan akan membuat catatan lagi diruangan ini..

sekian..

1 ulasan:

  1. betol tu .....
    banyak anak muda kampung dok lepak je...
    kalau dapat biar dia orang usahankan tanah tu secara kelompok dengan bantuan kewangan serta dipantau oleh jabatan berkenaan...

    BalasPadam