Utusan Online Headline Animator

Khamis, 19 Februari 2009

TITAH TUANKU DAN TITAH SPEKER, YANG MANA PERLU DIIKUTI?

Tindakan Speker DUN Perak mungkin dalam keadaan mabuk da gila kuasa. Cuba kita imbas kembali sejarah dan peraturan yang di amalkan. Selepas pilihanraya, sekiranya parti mana yang menang, Dewan Undangan Negeri tidak bersidang lagi, Menteri Besar dilantik, lepas tu Exco dilantik tanpa menunggu Dewan Undangan Negeri bersidang. Adakah perlantikan ini juga telah menghina dewan kerana dewan belum bersidang dan belum melantik speker.

Menyorok kembali tentang jawatankuasa yang mengadili, mb dan exco-exco ini adakah ia satu jawatakuasa yang bebas dan adil. Dimanakah keadilan yang diberikan kepada mereka yang diadili?

MB dan exco-exco perak telah menjungjung titah tuanku sultan. Speker munjungjung tinah nizar dan ngeh.

Persoalan disini, Titah mana yang mana yang lebih mulia, titah yang dititahkan oleh Speker atau titah tuanku sultan perak?

Semua orang tahu, kes speker DUN perak ini, bagaimana beliau memperolehi jawatan ini. Jawatan ini beliau perolehi dengan cara ugutan.?


Alam - Bertindaklah orang-orang UMNO Perak. Jangan biar bangsa-bangsa yang diangkut oleh penjajah menjajah anda.

3 ulasan:

  1. macam lah umno tak bekerja sama dengan cina dan india yang juga diangkut penjajah.. kalau betul tidak mahu dijajah oleh bangsa-bangsa yang diangkut penjajah.. keluar dari barisan nasional.. dan berjuang sorang diri.. baru leh cakap kerek cam kat atas tu.. bukalah fikiran anda.. jangan dok ngata kat orang tapi sendiri pun sama.

    BalasPadam
  2. Sabar yang bertindak melulu ...ianya boleh menghuharakan negara....jangan hasut untuk perang saudara. Kita kena ingat pada Tunku Bapa Kemerdekaan. Belaiulah yang bersusah payah sebagai wakil UMNO yang menerima Cina dan India sebagai warganegara kita. Jasa UMNO tak mungkin dilupakan oleh Cina dan India sampai bila-bila. Bukan senang nak diterima menjadi warga negara, nakkan PAS Dr Burhanuddin lebih sukankan Indonesia (Melayu Raya)tapi UMNO berjasa besar dalam menerima CIna dan India sebagai warganegara. Bukan itu sja malah cina dan india patut berterima kasih kepada Tun Che Det yang menonjolkan ramai jutawan Cina dan India... Bandar Sunway, Genting Highland, Seri Hartamas, Kepong, Jinjang, Serdang, Balakong, Cheras.... semua kawasan strategik ini siapa yang kuasai....Tak payah le orang UMNO nak nak melenting... UMNO patut bertanggungjawab... Singapura, Pulau Pinang... masa pemerintahan siapa terlepas kepada kuasa bukan Melayu??? Allah turun Al Quran ...macam -macam kata..lapuk..tak sesuai...kalau potong tangan pakat kudung habis..batu-batu untuk hukum rejam lebih baik dibuat jalan......pakai tudung panas sini bukan negeri arab... kenyataan siapa ni.... tulung jawab mai...sapa bagi muka lebih pada bukan bumiputra.... hampa la UMNO.... Bahasa Melayu. UMNO buang....Tanah Melayu UMNO buang tukar jadi Malaysia.....Habih Melayu dah tak ada apa.... la ni UMNO nak melalak....maaf la...Bubar UMNO masuk PAS

    BalasPadam
  3. Tuan2 dan puan2 yang terpelajar sekelian....
    jangan bertindak ikut perasaan....
    ikut kawan dan taksub kepada seseorang....
    diantara titah sultan atau titah speker ada lagi yang amat berkuasa titahnya yang perlu kita tunaikan setiap hari dan setiap detik. ingat tu sampai mati.
    hukum atau undang-undang dunia boleh dibuat dan dipinda bila-bila masa. bergantung pada orang yang melaksanakannya. dalam isu ini saya sarankan tuan2 dan puan2 buat kajian tentang tentang undang2 yang berkaitan, kaji sejarah, perdalami hukum agama islam, dengar dan baca semua pendapat pelbagai pihak. barulah buat pertimbangan.
    jangan membuat kenyataan yang boleh merugikan agama dan bangsa malaysia pada keseluruhannya.
    yang benar (Yang Hak) tetap benar, dan yang salah (yang batil) tetap salah.janganlah kerana kuasa kita binasa diakhirat nanti dan termasuk dikalangan orang-orang yang rugi.kerajaan didunia hanya sementara, kerajaan diakhirat kekal selama-lamanya.
    sebagai seorang yang berpelajaran pilihlah kerajaan yang baik, menjaga kebajikan rakyat,menjaga perpaduan, seimbang rohani dan jasmani. semoga tuan2 dan puan2 termasuk dikalangan orang yang memdapat keberuntungan didunia dan diakhirat nanti.

    BalasPadam